Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Bakal Memperkenalkan Peranti Boleh Lipat Mereka Pada Acara “Unpacked” Nanti

Samsung Bakal Memperkenalkan Peranti Boleh Lipat Mereka Pada Acara “Unpacked” Nanti

Diterbitkan Februari 12, 2019 · Dikemas kini Februari 12, 2019 oleh Haikel Areff

Jika sebelum ini Samsung hanya mengacahkan mengenai Samsung Galaxy S10 dalam video acara Unpacked mereka, kini bayangan telefon boleh lipat mereka pula turut muncul.

Akaun Twitter rasmi mereka, @SamsungMobile telah memuat naik satu video acah baru bagi acara tersebut.

The future of mobile will unfold on February 20, 2019. #SamsungEvent pic.twitter.com/MHvwrt7Rf4

— Samsung Mobile (@SamsungMobile) February 11, 2019

Tajuk video itu di YouTube iaitu “The Future Unfolds” juga menguatkan lagi dakwaan mengenai perkara ini.

Selain ciri dan fungsi peranti, harganya juga menjadi salah satu perkara yang ditunggu-tunggu untuk diketahui terutamanya bagi peminat Samsung.

Ini kerana beberapa minggu yang lepas, seorang pegawai Samsung sendiri telah mendedahkan bahawa peranti berkenaan tidak akan dijual dengan harga yang murah.

Acara Samsung Unpacked ini akan diadakan di San Francisco pada 20 Februari ini dan pastinya ia akan menjawab setiap persoalan kita mengenai peranti ini nanti.

 

Sumber: Samsung Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY