Samsung Bakal Memotong Intel Sebagai Pembuat Cip Terbesar Di Dunia

Samsung merupakan pembuat telefon, komputer dan komponen elektronik yang terkenal.

Masih terdapat peranti yang tidak membawa logo Samsung tetapi masih lagi dibuat oleh mereka.

Dan mungkin satu hari nanti Samsung boleh menjadi pembuat cip terbesar di dunia.

Intel masih lagi memegang tampuk ini pada awal tahun 1990 dengan mengenetepikan NEC dan kekal memegangnya sejak itu.

Intel berjaya mencapai status ini dengan mengeluarkan cip asal Pentium CPU yang digunakan oleh hampir kesemua komputer di dunia ini.

Sekarang, firma penyelidikan pasaran, IC Insights mengatakan semua itu bakal berakhir.

Mereka berkata Samsung bakal mendahului pasaran dengan penjualan cip mereka dan trend itu akan meningkat lagi pada masa hadapan.

Dengan trend dunia sedang bertukar kepada peranti mudah alih dan bukannya komputer, Samsung boleh mendominasi pasaran dengan cip DRAM dan NAND mereka.

samsung-850-evo-exploded-ssd-640x353

Intel juga cuba untuk mengadaptasi model bisnes mereka dalam pasaran mobil namun usaha mereka setakat ini menemui jalan buntu.

Mereka gagal bersaing dari segi harga dan prestasi dengan Samsung dan pembuat lain yang menggunakan seni bina ARM.

Samsung mereka sendiri cip SOCs mereka dan digunakan di bawah nama Exynos.

Pada masa yang sama mereka juga menghasilkan SOC yang digunakan oleh orang lain seperti Apple.

Jika berterusan, Samsung bakal meninggalkan Intel jauh di belakang dalam pasaran pembuatan cip.

Sumber