Sambar Segera Telefon Pintar Wiko View 2 Pro Di Lazada Hanya Pada Harga RM563.00 Sahaja

Tawaran ini hanya sah menerusi pembelian atas talian.


Menerusi stor rasmi mereka di Lazada, Wiko hari ini menawarkan harga diskaun terbaik khusus bagi model telefon pintar  Wiko View 2 Pro. Jika sebelum ini ia berharga RM999.00, tetapi untuk masa terhad ini, peranti tersebut kini hanya berharga RM563.00 sahaja.

Pada harga itu, Wiko View 2 Pro ini amat berbaloi sekali untuk dimiliki kerana ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 1.8Ghz OctaCore yang cukup berkuasa beserta dengan 4GB RAM serta storan terbina dalam 64GB.

Tetapi Jjika anda rasakan storan sedia ada masih tidak mencukupi, anda boleh memuatkan kad SD berkapasiti sehingga 128GB pada peranti tersebut.

Kapsyen: Wiko View 2 Pro dilengkapi dengan bateri berkapasiti 300mAh serta paparanHD+ bersaiz 6" (19:9 ratio).


Ia juga dilengkapi dengan kamera hadapan 16MP serta kamera belakang berkembar  16MP+8MP dari Sony yang memiliki ciri penstabilan video. Sekaligus membolehkan anda merakam video berdefinisi tinggi tanpa gegaran, video selang masa dan juga video gerak perlahan yang menarik.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi imbasan wajah dan cap jari bagi keselamatan privasi penggunanya serta dikuasakan oleh sistem operasi Android Oreo.

Terdapat 2 warna pilihan yang boleh dipilih anada iaitu warna Gold atau Anthracite. Setiap pembelian juga turut disertakan bersama aksesori percuma iaitu pelindung peranti, pelindung skrin, fon telinga serta jaminan setahun oleh Wiko Malaysia.

Jadi, jangan lepaskan peluang segera menyambar tawaran eksklusif telefon pintar Wiko View 2 Pro di stor rasmi Wiko Lazada selagi stok masih ada. Siapa cepat, dia dapat.