Saluran YouTube Jack Black Sudah Diikuti Lebih Dari 2.6 Juta Pengguna

Siapa yang tak kenal Jack Black? Berkebolehan berlakon, menyanyi, melawak bahkan menulis lirik, membuatkan ramai diantara kita terhibur dengan beliau. Beberapa minggu sebelum tirai 2018 berlabuh, Jack Black telah tampil melancarkan saluran YouTube beliau dikenali sebagai Jablinski.



Walaupun baru memuat naik dua video dengan durasi masa keseluruhan 1 minit 19 saat, Jablinski terkini dilihat berjaya meraih lebih dari 2.6 juta pengikut. Jadi apa yang akan dibawakan Jack Black kepada penonton? Seperti yang tertera dibawah video, Jablinski akan memaparkan video berkaitan permainan, makanan, dan gaya hidup.

Didalam video pertama, Jack Black juga menjanjikan saluran YouTube beliau akan lebih hebat berbanding PewDiePie serta Ninja sambil meniru gaya PewDiePie "But can you do this". Anda sudah subscribe Jablinski?

https://www.youtube.com/watch?v=9fKpbTcAk1E