Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
画板 6

Perhatian Pengguna Black Shark, Ada Dua Aksesori Gaming Baru Sudah Mula Dijual Di Malaysia

Diterbitkan November 17, 2021 oleh Helmi Samsuri

Jika anda pengguna Black Shark, ketahuilah anda bahawa jenama gaming mudah alih ini kini mempunyai tawaran aksesori baharu untuk pasaran Malaysia. Dua aksesori itu berupa fon telinga tanpa wayar, dan sebuah lagi adalah tetikus berwayar dan tanpa wayar.

Black Shark JoyBuds

Ini merupakan TWS pertama daripada Black Shark, dan ia dijanjikan dengan latensi ultra rendah pada mod permainan (30ms) dan mod penuh (85ms). Ya, itu kata Black Shark. Ia didatangkan dengan rekaan ergonomik untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai.

Black shark Joybuds TWS_product image-01

Black Shark cakap lagi, ciri teknologi dwi mikrofon ENC (Environmental Noise Cancellation) membolehkan TWS ini menapis bunyi hingar disekeliling untuk dapatkan pengalaman mendengar yang lebih kedap.

Spesifikasi lain yang ada adalah seperti Bluetooth 5.2, port USB-C, bateri 35mAh (setiap tangkai fon telinga) dan bateri 400mAh (bekas pengecasan). Ia turut menyokong ciri sentuhan bagi navigasi, 1 sentuhan, 2 sentuhan, 3 sentuhan dan sentuh lama untuk fungsi seperti mainkan muzik, jawab panggilan dan sebagainya.

Beli Black Shark JoyBuds di Shopee

Black Shark Gaming Mouse Mako M1

画板 6

Satu lagi aksesori baharu yang dibawa masuk Black Shark Malaysia adalah tetikus Mako M1.  Ia adalah tetikus ‘dua alam’. Maksudnya dekat sini anda boleh gunakannya secara berwayar ataupun tanpa wayar. Mahukan pengalaman yang lebih responsif, gunakannya secara berwayar. Tak mahu serabut, cabut sahaja wayar. Itu dua pilihan yang diberikan Black Shark kepada pengguna.

Perhatian Pengguna Black Shark, Ada Dua Aksesori Gaming Baru Sudah Mula Dijual Di Malaysia

Penggunaan tanpa wayar dikatakan boleh mencecah tempoh sehingga 35 jam dan menarik ia turut mempunyai pensijilan IPX4, kalis peluh bagi mereka yang mempunyai masalah kuat berpeluh.

Terdapat juga ciri kesan pencahayaan RGB untuk menaikkan lagi aroma ‘kedai tomyam’ sewaktu bermain permainan video. Mako M1 turut disertakan dengan sensor optikal 10k DPI untuk memberikan pengalaman penggunaan dan ketepatan tahap pro. Kata Black Shark.

Beli Black Shark Gaming Mouse Mako M1 di Shopee

Baca juga:

  • Black Shark Lucifer T1, TWS Baru Di Malaysia Dengan Harga RM169
  • Siri Black Shark 4s Dilancarkan, Ada Edisi Gundam Juga
  • Lepas Ini Instagram Akan Minta Pengesahan Identiti Guna Video Swafoto

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY