Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saluran DidikTV KPM Rasmi Dilancarkan, Muat Turun Jadual Mingguan Melalui Laman Web Ini

Saluran DidikTV KPM Rasmi Dilancarkan, Muat Turun Jadual Mingguan Melalui Laman Web Ini

Diterbitkan Februari 17, 2021 ยท Dikemas kini Februari 17, 2021 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan saluran khusus TV pendidikan secara terestrial, DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelancaran TV pendidikan ini merupakan antara usaha berterusan Kementerian Pendidikan, untuk meningkatkan akses pendidikan di seluruh negara.

DidikTV KPM akan menyiarkan program-program yang berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, selain berita mengenai dunia pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga Tingkatan 6, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid.

Sebagai tambahan, kandungan pembelajaran sepanjang hayat yang memberi fokus kepada nilai-nilai murni dan pembangunan karakter murid akan turut disiarkan.

jadual mingguan DidikTV

Saluran yang pertama kali diperkenalkan itu akan mula bersiaran bermula hari ini, menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI, bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Bagi mengetahui jadual mingguan siaran DidikTV, muat turun boleh dilakukan melalui portal ini.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY