Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Salaam Market, Pasaran Digital Halal B2B Pertama Di Malaysia

Salaam Market, Pasaran Digital Halal B2B Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 24, 2024 · Dikemas kini Oktober 24, 2024 oleh Rushsyafizal

Borong, platform e-dagang B2B Malaysia, telah melancarkan Salaam Market — pasaran digital Halal pertama negara. Kerjasama ini direalisasikan bersama Maybank Islamic menandakan satu langkah penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam industri Halal global.

Kerjasama ini dibangunkan untuk membantu PKS tempatan mengakses produk Halal dengan mudah dan kos yang lebih rendah. Platform ini direka khusus untuk memudahkan perniagaan mendapatkan bahan-bahan halal yang diperakui secara terus daripada pembekal, tanpa keperluan pesanan minimum. Ia menyasarkan PKS di Malaysia, Indonesia, Kemboja, dan Singapura, memberikan penyelesaian menyeluruh dari segi pensijilan dan transaksi halal.

Salaam Market, Pasaran Digital Halal B2B Pertama Di Malaysia

Industri Halal global dijangka mencapai USD5 trilion menjelang 2030, dengan pertumbuhan pasaran halal domestik dianggarkan mencecah USD113.2 bilion. Namun, PKS sering berhadapan cabaran seperti kos bahan yang tinggi, pensijilan yang rumit, dan kekangan modal. Menyedari hal ini, Salaam Market berusaha untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dengan bantuan kewangan dari Maybank Islamic serta sokongan pensijilan halal dari JAKIM.

Menurut Aizat Rahim, Pengarah Urusan dan pengasas bersama Borong,

Inisiatif ini bukan sekadar modernisasi pasaran Halal, tetapi juga menyelesaikan cabaran yang dihadapi PKS dalam soal kos, pembiayaan, dan pensijilan.

Salaam Market juga akan menyediakan sokongan kewangan Islam yang sesuai melalui Maybank Islamic, serta alat pengurusan dokumen digital, memudahkan PKS tempatan dan serantau untuk mengakses pasaran halal dengan lebih efisien.

Dr. Muhd Ramadhan Fitri Ellias, Pengarah Program Strategik Maybank Islamic, berkata,

Salaam Market akan memastikan setiap produk di platform ini disahkan Halal, memberi jaminan kepada pengguna. Ini sebahagian dari usaha kami untuk memperkasakan ekosistem Halal dan menyokong agenda negara ke arah pertumbuhan pasaran Halal.

Salaam Market kini dilihat bersedia menjadi peneraju dalam industri halal dan membuka lebih banyak peluang untuk PKS tempatan berkembang di peringkat global.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • (Ulasan) Bowers & Wilkins Pi8 - Sistem Audio Kereta Mewah Di Telinga Anda
  • iOS 18.2 Beta 1 Tawar Lebih Banyak Ciri AI - Image Playground, Genmoji, ChatGPT
  • HONOR X9c 5G Bakal Hadir Dengan Jaminan Tiga Tahap Keselamatan
  • Storan SSD China Makin Popular, Ini 10 Jenama SSD Teratas Di Pasaran Menurut TrendForce

Sumber: Siaran media Borong

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY