Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SSD PADU

Storan SSD China Makin Popular, Ini 10 Jenama SSD Teratas Di Pasaran Menurut TrendForce

Diterbitkan Oktober 24, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 24, 2024 oleh ariff bukhari

TrendForce dalam laporannya mendapati, pada tahun 2023, bahagian pasaran jenama SSD utama meningkat kepada 72% daripada 59% pada 2022, dengan jumlah jualan SSD mencapai 180 juta unit, meningkat 3.7% berbanding tahun sebelumnya.

Laporan dari TrendForce itu juga menunjukkan, pengeluar SSD dari China semakin menonjol dalam pasaran SSD hasil daripada permintaan tempatan yang tinggi dan sokongan domestik.

Walaupun terdapat persaingan yang meningkat, Kingston masih mengekalkan kedudukan teratas dengan 34% pegangan pasaran.

Adata berada di tempat kedua dengan 11% pegangan, diikuti oleh Lexar, sementara Kimtigo (9%) dan Biwin (7%) dari China turut mencuri tumpuan pasaran.

TrendForce berkata, Lexar cemerlang dalam pasaran runcit China, manakala Kimtigo memanfaatkan kekuatan tempatannya untuk meningkatkan penghantaran di China.

SSD Popular
Empat daripada sepuluh pengeluar teratas adalah dari China yang menyumbang 23% daripada pasaran SSD.

TrendForce menekankan bahawa, walaupun hanya sedikit pengeluar SSD China berjaya masuk ke dalam 10 teratas pada 2023, tumpuan pengeluar SSD dari negara itu untuk meningkatkan pengeluaran domestik telah membolehkan firma tempatan merapatkan jurang teknologi apabila mereka membuat lonjakan daripada PCIe4 kepada PCIe5.

China juga mencapai kemajuan dalam teknologi NVMe dan pengeluaran NAND Flash. Bersaing dengan gergasi seperti TSMC dan Samsung, pengeluar China dijangka akan menyaingi untuk beberapa tahun lagi.

Beli storan SSD dari stor atas talian:

  • Shopee – https://invl.io/clltx4v
  • Lazada – https://invol.co/clltx4r

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Arm Akan Batalkan Lesen Qualcomm Untuk Membuat Cip Berasaskan ARM
  • Gen Z Didapati Memang Lebih Sukakan iPhone Terpakai - Kajian

Sumber: TrendForce

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY