Diramalkan untuk hidup selama 11 ke 12 tahun, ia akhirnya mati pada usia 7 tahun disebabkan beberapa penyakit, salah satunya adalah sakit paru-paru.
Kini, satu lagi berita kejayaan teknologi pengklonan direkodkan sekumpulan saintis dari China dimana mereka berjaya menghasilkan dua ekor monyet berekor panjang, menerusi teknik yang sama digunakan pada Dolly.
Zhong-zhong dan Hua-Hua, telah dilahirkan lapan dan enam minggu lalu dan ini merupakan primat pertama yang berjya diklonkan dari sel bukan embrio.
https://www.youtube.com/watch?v=a6KvR1p60mQ
Kejayaan ini dicapai melalui proses yang dipanggil sebagai SCNT (Somatic Cell Nuclear Transfer), dimana nukleus dibuang dari telur yang sihat dan menggantikannya dengan nukleus dari sel badan yang lain. Klon akan menjadi sama seperti makhluk yang menyumbang nukleus gantian tersebut.
Menurut salah seorang saintis, mereka mencuba beberapa kaedah, namun hanya satu kaedah sahaja yang berjaya. Sehingga sekarang, teknik yang digunakan ini sudah mengklonkan lebih dari 20 spesis haiwan seperti anjing, babi, dan kucing tetapi agak sukar bagi jenis primat.
Ada beberapa pihak berpendapat, dengan terhasilnya kejayaan pengklonan primat ini, dunia sudah menghampiri kepada penemuan untuk menghasilkan manusia klon.
Sumber: NBC News
Berkaitan
- TM Dan Huawei Bekerjasama Sediakan Perkhidmatan Jalur Lebar Yang Lebih Baik
- ASUS Dan Tencent Games Umum Kerjasama Untuk ROG Phone Keluaran Akan Datang
- Huawei Mate 10 Boleh Dimiliki Pada Harga Bawah RM2000
- Realme Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dengan Harga Yang Cukup Berpatutan
- Honor 10 View Warna Merah Akan Dilancarkan Februari Ini
- Ini 3 Model Baru Yang Akan Dilancarkan Xiaomi Malaysia Minggu Hadapan
- vivo X70 Pro Raih Skor 131 DxOMark, Tangga Pertama Dalam Carta Bagi Kategori Premium
- Huawei Matepad Pro Turut Diperkenalkan, Dijual Pada Harga RM2399
- Black Shark 3 Diramal Hadir Dengan RAM 16GB
- Facebook Hentikan Aplikasi Groups Awal September Depan