Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Saintis Kesan ‘Objek Misteri’ Sehampir 4000 Tahun Cahaya Dari Bumi

Posted on Januari 31, 2022

Sekumpulan saintis Astrofizik mendakwa mereka telah menemui objek misteri yang berada sehampir 4000 tahun cahaya dari Bumi.

Penemuan itu dimaklumkan oleh Dr Natasha Hurley-Walker dari Pusat Penyelidikan Astronomi Radio Antarabangsa (ICRAR), Universiti Curtin, Australia.

Menurut beliau, hasil daripada pemerhatian ke atas objek itu, mereka merasakan bahwa objek misteri itu adalah sebuah bintang neutron yang terhasil daripada pecahan teras bintang.

Objek misteri itu didakwa miliki medan magnetik sangat yang sangat kuat yang dikenali sebagai ‘magnetar‘.

Malah ketika ia berputar melintasi cakerawala, objek tersebut mengeluarkan sinaran yang sangat terang selama 1 minit pada setiap sinaran yang dihasilkannya.

Sekaligus menjadikannya sebagai salah satu objek paling terang di angkasa lepas.

Ia juga turut melepaskan letupan tenaga mega sebanyak tiga kali setiap sejam.

Pasukan saintis itu menyifatkan objek misteri itu sebagai sesuatu yang menyeramkan kerana ia begitu hampir dengan kita serta ia sesuatu yang belum pernah dilihat mereka sebelum ini.

Sumber: Daily Mail Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress