Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KONAMI FAM

Safee Sali Dapat Kad Epik – Kolaborasi Pertama Antara KONAMI eFootball Dan FAM

Diterbitkan Disember 18, 2024 · Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh Rushsyafizal

KONAMI eFootball mengumumkan kerjasama pertamanya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkongsian ini menghubungkan sukan bola sepak dengan dunia digital, membawa Harimau Malaya ke pentas global eFootball.

Langkah ini membuka peluang baharu untuk peminat bola sepak Malaysia meraikan kecintaan mereka terhadap sukan ini dalam cara yang lebih interaktif.

Buat pertama kali, Pasukan Kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya, akan dimasukkan secara rasmi dalam eFootball. Pemain kini boleh memilih pasukan negara mereka, lengkap dengan barisan pemain tempatan kegemaran seperti Arif Aiman, Dominic Tan, dan Paulo Josue. Ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mewakili negara mereka di padang maya peringkat global.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Konami dan FAM akan melancarkan pelbagai kempen interaktif, termasuk aktiviti khas, pertandingan, dan acara yang direka untuk mendekatkan peminat dengan eFootball serta mempromosikan semangat bola sepak Malaysia.

Kerjasama ini memberi peluang untuk kami meraikan semangat bola sepak Malaysia sambil menghubungkan pemain eFootball dengan Harimau Malaya di pentas global. Kata Pengarah Urusan Konami Digital Entertainment Limited, Michio Takahashi

Sebagai penghormatan kepada sumbangan besar Safee Sali dalam bola sepak, Konami telah melancarkan kad EPIC-status untuknya.

Safee Sali Dapat Kad Epik – Kolaborasi Pertama Antara KONAMI eFootball Dan FAM

Kad ini, sebahagian daripada siri Harimau Malaya Stars, meraikan legasi beliau dan membuktikan komitmen Konami untuk menghargai kecemerlangan bola sepak Malaysia.

Dengan kolaborasi ini, Konami dan FAM berusaha menginspirasi generasi baru peminat dan pemain bola sepak, menyemarakkan tradisi bola sepak negara sambil memperkenalkan cara baharu untuk berhubung dengan permainan ini.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Acer Malaysia Lancar mini PC Dan Dua Projektor Terbaharu, Harga Bermula RM2,049
  • Sertai Acara Ini Dan Berpeluang Menangi Yamaha Y15ZR V2 'Custom' Honor of Kings
  • Acer Nitro V 14 Dipratonton Untuk Pasaran Malaysia – Spesifikasi Menarik, Harga Masih Misteri
  • Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji Kini Dalam Bentuk Digital

Sumber: FAM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY