Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ryt Invest – BM Key Visual

Ryt Bank Lancar Ryt Invest, Pelaburan Serendah RM1

Diterbitkan Mei 29, 2026 oleh Amalina Athman

Ryt Bank kini memperkenalkan Ryt Invest, ciri pelaburan baharu dalam aplikasi bank digitalnya yang membolehkan pengguna menyimpan dan melabur dalam satu platform yang sama.

Melalui kerjasama dengan Opus Asset Management, atau OpusAM, Ryt Invest menawarkan akses kepada pelaburan patuh Syariah tanpa caj jualan terus melalui aplikasi Ryt Bank, dengan pelaburan minimum serendah RM1.

Pengguna boleh memilih antara beberapa pilihan pelaburan mengikut matlamat kewangan dan tahap risiko masing-masing. Ryt Invest SavePlus menawarkan pelaburan patuh Syariah berisiko rendah dengan 0% caj jualan, manakala Ryt Invest Income pula memfokuskan pulangan jangka panjang melalui pelaburan pelbagai aset.

Selain itu, Ryt Invest Gold menawarkan pendedahan kepada pelaburan berkaitan emas sebagai merentasi pelbagai aset.

Bagi menggalakkan penyertaan awal, Ryt Bank turut menawarkan ganjaran bonus tambahan terjamin sebanyak 1% setahun berdasarkan jumlah pelaburan pelanggan, tanpa had maksimum, untuk tempoh terhad. Ganjaran dikira setiap hari dan dikreditkan secara mingguan ke dalam Ryt Pocket pengguna.

Kempen ini berlangsung dari 28 Mei hingga 31 Ogos 2026. Pelanggan yang layak boleh menerima ganjaran bonus sebanyak 1% setahun berdasarkan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) harian selama 90 hari tertakluk kepada terma dan syarat.

Berkaitan

  • Bukan Sekadar Bank Digital Biasa, Ini Bezanya Ryt Bank
  • Kad Ryt Bank Kini Sokong Google Pay - Ini Cara Tambah
  • Ryt PayLater Kini Boleh Digunakan Dengan Kad Ryt
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
©2026 WISER.MY