Kerajaan Russia sebelum ini telah menyekat akses kepada Telegram selepas mendakwa mereka tidak memberi kerjasama dalam hal-hal berikutan keselamatan dengan pihak kerajaan. Ia telah menyebabkan Russia menganggap Telegram sebagai memberi ruang untuk idealogi pengganas tersebar melalui aplikasi tersebut.
Walaubagaimanapun, aplikasi tersebut masih lagi berada di dalam kedai aplikasi Apple, App Store bagi pasaran Russia. Kerajaan tempatan berasa bimbang jika aplikasi ini masih lagi boleh didapati melalui App Store, ia akan memberi ruang kepada pengganas atau penjenayah untuk menggunakannya melalui penggunaan servis VPN.
Kerajaan Russia memberi masa selama satu bulan untuk pihak Apple mengeluarkan aplikasi tersebut sebelum apa-apa tindakan lanjut akan diambil terhadap mereka. Wakil mereka, Alexander Zharov memberitahu bahawa mereka juga sedang berunding dengan Google bagi sekatan aplikasi Telegram untuk pasaran Android dan rundingan tersebut dikatakan berjalan lancar.
Zharov turut menegaskan bahawa tindakan tersebut perlu diambil kerana sistem privasi Telegram yang kukuh tidak memungkin mereka untuk mengesan sekiranya pengganas membuat apa-apa perancangan melalui aplikasi tersebut.
Sumber
Berkaitan
- PS5 & Xbox Genenari Seterusnya Terus Hadir Dengan Teknologi AMD
- 15 Penggodam Ditahan Dan Didenda Sehingga $ 5.1 Juta Kerana PUBG
- Mozilla Send -Laman Perkongsian Dokumen Yang Dipermudahkan
- Beli OPPO Reno2 Dan Anda Berpeluang Memiliki Tumbler Starbucks Edisi Terhad
- Dapatkan Peranti Terpilih Dengan Harga Diskaun Sepanjang Promosi Honoraya Dari Honor
- iPhone 8 Mungkin Ditangguhkan Jadual Pelancaran Ke Bulan Oktober
- VSCO Kini Membawakan Fungsi Penyuntingan Video
- Google Datang Dengan Sistem Operasi Google Andromeda
- iPhone 8 Dijangka Membawakan Sokongan Rakaman Video 4K Di Kamera Utama dan Selfie
- Peranti Snapdragon 855 Pertama Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 29 Januari Ini