Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rugi RM15 Bilion Tahun Lalu, Dua Lagi Pegawai Tertinggi Grab Keluar Syarikat

Posted on Mei 26, 2022

Dua pegawai tertinggi dalam Grab Holdings iaitu Chris Yeo dan Jeffrey Goh dilaporkan telah meninggalkan syarikat tersebut.

Chris Yeo memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan, Ketua GrabPay dan GrabRewards dan sudah berkhidmat hampir 6 tahun di syarikat itu.

Jeffrey Goh pula bertanggungjawab untuk bahagian gateway bayaran Grab.

Kedua-duanya bekerja berkhidmat di bawah GrabFin yang menyediakan perkhidmatan bayaran digital, kewangan, insurans, ganjaran dan lain-lain.

Chris Yeo Grab Ventures
Chris Yeo

Sebelum ini, Ankur Mehrotra yang mempunyai peranan besar mengembangkan bahagian fintech syarikat tersebut juga telah mengambil langkah sama selepas 6 tahun.

Dalam tahun ini juga, dua lagi pegawai senior juga telah keluar daripada Grab untuk membuka syarikat kripto gaming dan startup.

Dikhabarkan Grab sedang merombak organisasinya selepas rugi sebanyak RM15 bilion ($3.6 bilion) dalam 2021 berbanding RM11 bilion ($2.7 billon) pada 2020. Pun begitu, pendapatan syarikat telah meningkat sebanyak 44%.

Grab kini beroperasi di 8 negara Asia Tenggara dan telah membeli pegangan dalam sebuah bank di Indonesia tahun lepas.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • Pengguna Teksi Naik 40% Sebab Grab Semakin Mahal, Ini Aplikasi Alternatif
  • Kementerian Pengangkutan Temui Punca Tambang E-Hailing Meningkat
  • 5 Barang Mesti Beli Untuk Rider Foodpanda, GrabFood, dan Sewaktu Dengannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress