Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
grab mahal

Pengguna Teksi Naik 40% Sebab Grab Semakin Mahal, Ini Aplikasi Alternatif

Diterbitkan Mei 13, 2022 ยท Dikemas kini Mei 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kalau dulu teksi menjadi perantaraan pengguna dari satu tempat ke tempat lain, kemudian platform seperti Grab, Uber, Lyft hadir dengan aplikasi di telefon untuk memudahkan tempahan.

Pemandu teksi tempatan beberapa tahun dulu pernah membuat bantahan kepada kerajaan kerana platform Grab menjejaskan periuk nasi mereka.

Hari ini, keadaan sudah terbalik.

Tempahan Grab pernah menjadi pilihan utama pengguna kerana harganya tetap serta senang dicapai, tapi sekarang pengguna kembali menggunakan perkhidmatan teksi kerana harganya lebih murah.

grab complain 1

Pengguna tempatan sudah merungut berkenaan harga perkhidmatan Grab yang melambung naik ini sejak beberapa minggu lalu.

Antara yang diajukan ialah harganya yang mahal walaupun waktu tersebut bukanlah sepatutnya waktu puncak.

Menurut Kamarudin Mohd Hussain, Presiden Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM), bilangan pelanggan teksi kini meningkat sebanyak 40% gara-gara harga perkhidmatanย e-hailing melambung, lapor The Sun.

https://twitter.com/aeshfr/status/1524919848442073088?s=20&t=vDLg6PeblQqJ8Qna198pxA

Ada sesetengah berpendapat hal ini disebabkan kekurangan pemandu Grab namun pengguna juga berasakan ia hanya muslihat Grab untuk mendapatkan untung lebih.

Grab selalu cakap "takda driver nearby" sebab tu tambang tinggi. Tapi bila terpaksa book sebab takda pilihan lain, tak sampai 20 saat tiba2 dapat driver. Apooo

— Kakya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@Zazameyra) May 11, 2022

they said grab mahal and susah dapat driver tapi bila tanya driver kata driver banyak sgt cust takde lolol https://t.co/m6gb1uK9X6

— sar^ (@sarrah_____) May 12, 2022

Berbeza dengan pemandu pemandu Grab pula, ada antara mereka yang berpendapat sesetengah perjalanan tidak berbaloi dengan kesesakan trafik yang dihadapi mereka.

Takda mahai sekarang sama je macam dulu ,dia tengok waktu jugak ,aku yg buat grab ni kadang menyumpah jugak , kadang tu harga murah Tak berbaloi nak hantar orang

— Aizat Ismail ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@fidelisaac) May 11, 2022

Ada juga pemandu Grab yang menggunakan hujah “mahal tak payah beli” kerana mereka juga menanggung kos untuk mengambil pengguna di lokasi dan sebagainya.

https://twitter.com/AshrafAris/status/1524653935201382400?s=20&t=uOzmWQH178FvQzg_Zgc63A

Dengan kembalinya pengunaan perkhidmatan teksi di Malaysia, diharapkan pemandu-pemandu teksi bermeter dapat meraih pendapatan lebih berbanding ketika pasaran didominasi Grab.

Saya haritu kena lebih kurg cmni gak. Tambang grab 8 ringgit naik teksi 3.50 je. Tak smpai hati lak nk bgi 3.50 kt pak cik tu bgi je 5 ringgit. Grab skrg makin teruk la dah la driver susah nk dpt skrg pastu mahal pulak tu. Bukan tknk support tapi kalau dh cmni slalu naya ๐Ÿ˜ต.

— Daniel (@syednl_) May 11, 2022

Sejak awal-awal Uber keluar Malaysia pada 2018, pengguna sudah mula gusar jika Grab akan memonopoli pasaran tempatan pada masa akan datang. Kerisauan ini nampaknya sudah mula menjadi kenyataan.

Pengguna Teksi Naik 40% Sebab Grab Semakin Mahal, Ini Aplikasi Alternatif

Antara alternatif yang anda boleh lakukan selain mendapatkan teksi ialah memasang seberapa banyak aplikasi e-hailing yang tersedia di kawasan anda. Contohnya;

  • Maxim
  • InDriver
  • airasia Super App
  • MyCar

Walaupun tidak tersedia di semua kawasan, namun sekurang-kurangnya ia boleh membantu anda mendapatkan perkhidmatan alternatif dengan harga yang lebih munasabah.

Jika anda memilih menggunakan teksi, pastikan ia teksi bermeter supaya poket anda tidak ‘tertiris’.

Baca juga:

  • Grab Bantu OKU Pendengaran Jana Pendapatan Dengan Perkenal Ciri Baharu
  • 5 Barang Mesti Beli Untuk Rider Foodpanda, GrabFood, dan Sewaktu Dengannya
  • Setel Kini Menyokong Tambah Nilai Daripada GrabPay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY