Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-04-25 at 5.31.20 PM

Rubber Wrestling – Imbas Nostalgia Lawan Pemadam Menggunakan Telefon Pintar Anda

Diterbitkan April 25, 2019 · Dikemas kini April 25, 2019 oleh Haikel Areff

Imbas kembali ketika zaman sekolah rendah dahulu, pelbagai jenis barangan “diubahsuai” untuk dijadikan sebagai permainan. Antara permainan yang popular di bangku sekolah adalah lawan pemadam.

Rindu saat itu tapi segan untuk berlawan pemadam apabila sudah meningkat dewasa? Jangan risau, kini anda boleh melakukannya melalui telefon pintar anda.

Screenshot 2019-04-25 at 5.38.32 PM

“Rubber Wrestling”, sebuah permainan video untuk telefon mudah alih yang dibangunkan oleh Limited Games mula ditawarkan untuk mengimbau nostalgia anda.

Menariknya, anda boleh memilih karakter pemadam yang ingin digunakan di antara lima negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dengan menekan butang refresh.

Negara-negara lain yang disediakan ialah Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Lebih seronok, anda boleh bermain menentang rakan anda menggunakan satu peranti yang sama.

Rubber Wrestling – Imbas Nostalgia Lawan Pemadam Menggunakan Telefon Pintar Anda
Ini belum dikira menang lagi ya

Hempap pemadam lawan sepenuhnya untuk memenangi permainan, namun hati-hati supaya tidak jatuh dari meja perlawanan atau anda dikira kalah.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mencuba sendiri permainan ini dengan memuat turun aplikasi menerusi Google Play Store. Malangnya, ia masih belum ditawarkan bagi iOS setakat ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY