ROG Strix SCAR 18 Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM18,999

Asus ROG Malaysia telah mengumumkan kemasukan baharu bagi siri ROG Strix SCAR dan Strix G untuk pasaran tempatan - ROG Strix SCAR 18 dan ROG Zephyrus M16.

ROG Strix SCAR 18




ROG Strix SCAR 18 adalah model paling berkuasa dalam siri ini. Komputer ini dikuasakan cip Intel Core i9-13980HX dan digandingkan NVIDIA GeForce RTX 4090 16GB GDDR6.

Untuk skrin, SCAR 18 menawarkan panel IPS 18 inci dengan resolusi QHD+ dan menyokong kadar segar semula 240Hz.

Menariknya lagi, Asus ROG meletakkan memori RAM DDR5 64GB dengan kelajuan 4800MHz (dwi-saluran) dan storan SSD M.2 NVMe PCIe Gen4 1TB + 1TB (dalam konfigurasi RAID 0).

ROG Zephyrus M16

2023 Zephyrus M16 Off-center view of the front of the Zephyrus M16, with the lid open and the ROG Fearless Eye logo on screen

ROG Zephyrus M16 pula dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i9-13900H dan menggunakan GPU siri NVIDIA GeForce RTX 4000.

Peranti Zephyrus ini didatangkan skrin 16 inci dengan resolusi QHD+, 240Hz kadar segar semula dan 3ms masa tindak balas.

Pengguna akan dapat 2 x memori RAM DDR5 32GB dengan kelajuan 4,800MHz dan storan SSD M.2 NVMe PCIe Gen4 bersaiz 2TB.

Promosi Pratempah Sekarang Untuk Dapatkan Hadiah Menarik


Asus ROG menawarkan promosi menarik untuk pasaran Malaysia bagi kedua-dua model ini. Bermula 8 hingga 21 Februari ini, pembaca boleh membuat pratempah melalui stor onlineĀ rasmi atau eksklusif terpilih Asus.



5 pelanggan terawal yang membuat pratempah ROG Strix SCAR 18 akan mendapat ROG Chariot Core Gaming Chair yang bernilai RM1,888.

Di samping itu, 15 pratempah terawal ROG Zephyrus M16 yang bertuah akan mendapat SLASH Hip Bag dan ROG Cetra True Wireless yang bernilai RM1,029 keseluruhannya.

Pembaca boleh membuat pratempah atau ketahui maklumat lanjut melalui pautan ini.

{suggest}

Sumber: Siaran Akhbar Asus ROG