Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor x8a (3)

HONOR X8a Didagangkan Pada Harga RM999, Guna Helio G88

Diterbitkan Februari 8, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

HONOR Malaysia menyambut sebuah lagi ahli keluarga baharu ke dalam siri X mereka iaitu HONOR X8a yang akan dijual mulai 11 Februari 2023 pada harga RM999.

Cip MediaTek Helio G88 menjadi enjin utama peranti ini di samping Mali-G52 MC2 sebagai GPU.

Kapasiti RAM padanya adalah sebesar 8GB manakala storan dalaman pula 128GB.

honor x8a (3)

Untuk paparan, skrin LCD tampil dengan saiz 6.7″ dengan resolusi 2388×1080. Kadar segar maksimum pula setinggi 90Hz.

Ia menggunakan antara muka MagicUI 6.1 berasaskan Android 12.

Berkaitan

  • HONOR Magic5 Tertiris, Hadir Dengan Rekaan Modul Kamera Baru
  • HONOR Jadi Pilihan Utama Pengguna Di Malaysia
  • Telefon Pintar Lipat HONOR Bakal Buat Kemunculan Istimewa Di MWC 2023
  • SD 6 Gen 1 Dan Bateri Besar, HONOR Didakwa Sedang Bangunkan Peranti 'Midrange'
  • Shopee For Student Eksklusif Bagi Pelajar, Hanya 3 Langkah Untuk Daftar
  • OnePlus 11 - Snapdragon 8 Gen Dengan Hasselblad Gen 3, Tiba Di Malaysia 14 Februari

Perkara yang menarik tentang telefon ini ialah tetapan kameranya

  • 100MP (f/1.9) utama
  • 5MP (f/2.2) sudut lebar dan kedalaman
  • 2MP (f/2.4) makro

Kamera hadapan pula 16MP.

honor x8a (1)

Selain itu, ia boleh merakam video dalam format 1080p.

Berkenaan kuasa pula, dimuatkan di dalam tubuh HONOR X8a ialah bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan HONOR 22.5W SuperCharge. Pengecas 22.5W turut disertakan di dalam kotak.

Peranti ini hanya menyokong rangkaian sehingga 4G sahaja.

honor x8a (2)

Tiga warna tersedia ialah Cyan Lake, Titanium Silver dan Midnight Black.

Spesifikasi lebih mendalam boleh didapat di laman web HONOR.

Sumber: HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY