Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG ALLY X

ROG Ally X Kini Tersedia Untuk Pra Pesan Pada Harga RM4,299

Diterbitkan Julai 17, 2024 · Dikemas kini Julai 17, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas diumumkan pelancaran ROG Ally X di peringkat global, kini peranti konsol mudah alih tersebut telah rasmi tiba di Malaysia.

Bagi anda yang pertama kali dengar tentang kewujudan konsol mudah alih ini, produk ini dikuasakan oleh cip AMD Ryzen Z1 Extreme serta disokong memori 24GB (12GB + 12GB) LPDDR5X (7500MHz) dan storan 1 TB M.2 2280 NVMe PCIe G4x4 SSD.

Menjalankan sistem operasi Windows 11 Home, ia dilengkapi skrin FHD (1920 X 1080) 7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar tindak balas 7ms.

Bateri untuk ROG Ally X adalah 80WHrs yang menyokong pengecas berkuasa 65W.

Harga yang ditetapkan untuk konsol permainan mudah alih ini bagi pasaran Malaysia adalah RM4,299 dan ia tersedia dengan promosi pra pesan yang menawarkan aksesori bernilai RM658.

ROG Ally X Kini Tersedia Untuk Pra Pesan Pada Harga RM4,299
Promosi ini sah bermula 17 Julai sehingga 31 Julai 2024.

Pra pesan ROG Ally X boleh dibuat melalui laman rasmi ASUS ROG Malaysia.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Apex Legends Di Steam 'Dibanjiri' Ulasan Negatif Lepas Ubah Sistem 'Battle Pass'
  • Hyperkin Hasilkan Rekaan Terbaru Untuk Alat Kawalan Xbox
  • Hot Wheels Akan Lancar 2 Koleksi Baru Edisi 'Marvel Super Heroes Secret Wars'
  • Unifi TV Tawar Tontonan Percuma Siaran Olimpik Paris 2024 Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Sumber: Siaran Media ASUS ROG Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY