Penggodam GTA 6 Dijatuhi Hukuman Tahanan Di Hospital Seumur Hidup

Jika masih ingat, tahun lalu kecoh mengenai rakaman Grand Theft Auto VI (GTA 6) yang dibocorkan oleh penggodam Lapsus$.

Terbaharu, Arion Kurtaj, remaja berusia 18 tahun yang membocorkan rakaman itu dijatuhi hukuman perintah hospital tanpa had. Bermakna, ia ditahan di hospital seumur hidup - melainkan doktor menganggapnya bukan lagi ancaman.

{suggest}

Seorang Hakim Britain berkata kemahiran dan keinginan Kurtaj untuk melakukan jenayah siber bermakna dia kekal berisiko tinggi kepada orang ramai.

Untuk rekod, Kurtaj merupakan individu penting dalam insiden penggodaman oleh kumpulan Lapsus$. Pada Ogos, dia didapati melakukan serangan siber terhadap pembangun Rockstar Games dan syarikat lain, termasuk Uber dan Nvidia.

Mahkamah mendengar bahawa Kurtaj telah bertindak ganas semasa dalam tahanan dengan berpuluh-puluh laporan kecederaan atau kerosakan harta benda.

Memandangkan remaja itu merupakan autistik dan dianggap tidak layak untuk dibicarakan, juri diminta untuk menentukan sama ada dia melakukan perbuatan yang dipersoalkan, bukannya sama ada dia melakukannya dengan niat jenayah.

Penilaian kesihatan mental yang digunakan sebagai sebahagian daripada pendengaran hukuman berkata,
..continued to express the intent to return to cyber-crime as soon as possible. He is highly motivated.

Difahamkan, semasa Kurtaj diikat jamin kerana menggodam Nvidia dan BT/EE serta dalam perlindungan polis di hotel Travelodge, dia berterusan melakukan aktiviti penggodaman.

Walaupun komputer ribanya dirampas, Kurtaj berjaya menceroboh Rockstar, menggunakan Amazon Firestick, TV hotelnya dan telefon bimbit. Kurtaj membocorkan lebih 90 klip GTA 6 yang belum dilancarkan.

Sementara itu, Rockstar Games memberitahu mahkamah bahawa penggodaman tersebut menelan belanja $5 juta untuk proses pemulihan.

Sumber: BBC