Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kereta Batman Ini Kini Boleh Dimiliki Pada Harga ~RM13 Juta

Kereta Batman Ini Kini Boleh Dimiliki Pada Harga ~RM13 Juta

Diterbitkan November 4, 2024 · Dikemas kini November 4, 2024 oleh ariff bukhari

Salah satu kenderaan ikonik yang digunakan adiwira Batman yang dipanggil sebagai Tumble kini boleh menjadi milik anda.

Ia selepas Wayne Enterprises telah bekerjasama dengan Action Vehicle Engineering untuk menghasilkan sebanyak 10 unit Tumbler Batmobile dengan setiap satunya adalah replika tepat daripada apa yang digunakan dalam trilogi Dark Knight arahan Christopher Nolan.

Kenderaan ini boleh dipandu (walaupun tidak sah untuk jalan raya) dan dibina mengikut skala penuh dengan sokongan rasmi daripada Warner Bros.

Kereta Batman Ini Kini Boleh Dimiliki Pada Harga ~RM13 Juta
Ditaja oleh DC Comics dan Warner Bros., Wayne Enterprises juga menguruskan elemen gaya hidup mewah Wayne seperti teknologi, fesyen, seni, kenderaan air, dan kediaman yang dipamerkan dalam laman web dan acara eksklusif di sebuah townhouse di Manhattan.

Batmobile ini hanya dijual kepada pelanggan yang menerima jemputan sahaja dan setiap unit dijangka memerlukan 15 bulan untuk disiapkan dari deposit hingga penghantaran.

Setiap perinciannya direka teliti menyerupai model asalnya di mana ia dilengkapi enjin LS3 V-8 6.2 liter dengan 525 kuasa kuda dan transmisi paddle shift 4L85E.

Kereta Batman Ini Kini Boleh Dimiliki Pada Harga ~RM13 Juta

Walaupun tidak dilengkapi semua ciri seperti Batmobile sebenar, kereta ini mempunyai sistem pelepasan asap dan turet pistol palsu pada bahagian luar badan yang diperbuat daripada Kevlar, serat karbon, dan logam gentian kaca.

Sebagai kenderaan ciptaan seorang jutawan, setiap pemilik bertuah perlu membayar $3 juta (~RM13 juta) untuk mendapatkan satu daripada 10 unit Batmobile ikonik ini.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY