Revolusi Teknologi dan Reka Bentuk Telefon Bimbit

Dahulunya, masyarakat sering menggunakan pondok telefon untuk berhubung tetapi kini tidak lagi kerana setiap lapisan masyarakat telah pun mempunyai telefon pintar sendiri yang memudahkan mereka untuk berhubung pada jarak yang jauh dan juga kos yang berpatutan.

Kredit : Wikimedia Commons

Revolusi telefon bimbit semakin berkembang maju seiring dengan era dan teknologi kini. Pelbagai aspek yang dilengkapkan dalam telefon bimbit dan kini sudah dikenali sebagai telefon pintar. Namun begitu, pernah kah kita terfikir siapakah yang mencipta telefon bimbit dan apakah jenama peranti yang paling awal mengeluarkan telefon bimbit.

Jurutera AT&T membangunkan “Cells” yang merupakan rangkaian untuk telefon bimbit.  Perkhidmatan telefon pertama pada tahun 1926 ditawarkan kepada penumpang kelas pertama di Deutsche Reichsbahn. Kenderaan Persendirian yang dipasangkan dengan sistem telefon mudah alih pertama dilancarkan di Sweden.

Pada 3 April 1973, jurutera Motorola Martin Cooper mengeluarkan prototaip telefon bimbit. Ia boleh digunakan untuk bercakap selamat 35 minit dan bateri pula perlu dicas selama 10 jam. Motorola DynaTAC 8000X pula dilancarkan pada tahun 1983, dan menjadi telefon bimbit pertama yang dijual secara komersial dengan harga 10k mengikut mata wang hari ini. Telefon ini boleh digunakan selama 30 minit untuk berbual dan boleh menyimpan sehingga 30 kenalan.

Kredit: knowyourmobile

Selain talian 2G diperkenalkan pada tahun 1992, SMS pertama menggunakan telefon bimbit juga dihantar pada tahun yang sama. Peranti Nokia dan Motorola hadir dengan ciri sokongan sistem GSM baru, yang membolehkan komunikasi dilakukan dengan selamat tanpa sebarang gangguan.

Peranti Nokia 3210 yang dikeluarkan pada tahun 1999 mendapat sambutan di pasaran dengan jualan 160 juta di seluruh dunia dan pada tahun 2000 pula Nokia mencapai kegemilangannya dengan keluaran 3310 yang masih diingati sehingga ke hari ini. Peranti ini hadir dengan beberapa permainan mudah alih dan kalkulator. Manakala pada 2010, Samsung keluar dengan Samsung Galaxy S yang pertama.

Kredit : Techwelike

Reka bentuk dan juga fungsi telefon bimbit semakin berkembang mengikut peredaran zaman dan kemahuan masyarakat pada masa ini. Kini telefon pintar tidak lagi menggunakan teknologi 1G or 2G tetapi telah menggunakan teknologi 3G dan 4G. Selain ciri dan teknologi, peranti kini juga dilengkapi dengan ruang simpanan dan RAM yang besar, sesuai dengan kegunaan masa kini.

Pasaran telefon pintar kini dilihat berkembang seiring dengan perkembangan dunia teknologi. Oleh sebab itu, tidak mustahil lebih banyak lagi syarikat pembangun baru yang akan muncul kelak. Malah, tidak mustahil syarikat gergasi hari ini akan mengalami kejatuhan mendadak di masa akan datang.

Sumber: uswitch   knowyourmobile

 

Marlya Syafikah

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408