Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kenali Apa Itu Nombor IMEI Yang Dimiliki Telefon Pintar Anda

Kenali Apa Itu Nombor IMEI Yang Dimiliki Telefon Pintar Anda

Diterbitkan Februari 19, 2019 · Dikemas kini Februari 22, 2019 oleh Haikel Areff

Memiliki telefon pintar sudah menjadi kemestian pada hari ini sehinggakan ia diiktiraf sebagai keperluan dan bukan lagi kehendak oleh beberapa organisasi di dunia kini.

Menurut laman GSMA, hampir 9 billion unit telefon pintar sedang digunapakai di seluruh dunia ketika artikel ini ditulis.

Kebanyakan daripada kita sudah mengetahui bahawa setiap unit telefon mempunyai nombor IMEI yang berbeza, namun tidak ramai yang mengetahui fungsinya yang sebenar.

Oleh itu, pada perkongsian kali ini, kami akan bantu anda untuk mengenalpasti apa itu nombor IMEI dan fungsi serta kepentingannya.

International Mobile Equipment Identity(IMEI)

International Mobile Equipment Identity atau singkatannya, IMEI merupakan angka atau nombor yang digunapakai untuk mengenalpasti sesebuah peranti yang menggunakan rangkaian selular.

Kenali Apa Itu Nombor IMEI Yang Dimiliki Telefon Pintar Anda

Ia biasanya ditemui pada kotak belian peranti, halaman “About Phone”, atau boleh juga diketahui dengan mendail *#06# menerusi kebanyakan telefon pintar.

Nombor IMEI ini bergantung kepada jumlah slot kad sim yang dimiliki oleh peranti. Jika peranti yang digunakan mempunyai dua slot kad sim, maka peranti tersebut akan memiliki dua nombor IMEI berbeza.

Apakah Kegunaan Nombor IMEI Ini?

Nombor IMEI ini sebenarnya hanya digunakan untuk satu sebab, iaitu untuk mengesan sesebuah telefon pintar.

Dengan itu, ia boleh berfungsi sebagai “ejen” anti-kecurian telefon pintar. Atas sebab itulah kita sering diingatkan untuk menyimpan nombor IMEI telefon pintar kita.

Kenali Apa Itu Nombor IMEI Yang Dimiliki Telefon Pintar Anda

Apabila berlaku kes-kes jenayah seperti ragut, rompak atau pecah masuk rumah dan telefon pintar anda turut dicuri, ia boleh membantu pihak berkuasa untuk mengesan kedudukan penjenayah dengan menggunakan nombor IMEI telefon pintar anda.

Selain itu, telco juga boleh menyekat sesebuah peranti daripada terus digunakan setelah dicuri. Ini bermakna, walaupun pencuri menukar kad sim, telefon itu akan kekal disekat dan tidak dapat digunakan.

Caranya, anda boleh menghubungi pembekal perkhimatan atau terus berhubung dengan pihak SKMM. Akan tetapi, seeloknya laporan polis harus dibuat terlebih dahulu.

Oleh itu, setiap daripada kita dinasihatkan untuk menyimpan nombor IMEI bagi setiap telefon yang dibeli di kawasan yang selamat agar dapat digunapakai sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak ingini.

 

Sumber: MakeUsOf   WhatIs.com   Android Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY