Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Restoran KFC di China ini Meramal Pesanan Pelanggan Berdasarkan Rupa

Restoran KFC di China ini Meramal Pesanan Pelanggan Berdasarkan Rupa

Diterbitkan Jun 4, 2017 oleh Haikel Areff

Siapa tak tahu KFC?

KFC kini telah membawakan teknologi dimana mereka boleh meramal kehendak pelanggan melalui teknologi pengecaman muka. Teknologi ini merupakan satu kerjasama antara KFC China dengan syarikat Baidu bagi mencipta restoran pintar.

Kiosk untuk mengambil pesanan akan dikuasakan oleh sistem komputer visi Baidu, yang akan mengesan umur, jantina serta ekspresi muka pelanggan bagi meneka hidangan mana yang paling sesuai dengan mood pelanggan ketika itu.

Restoran KFC di China ini Meramal Pesanan Pelanggan Berdasarkan Rupa

Bagaimanapun, tekaan hidangan ini hanyalah sebagai cadangan dan sekiranya pelanggan itu adalah pelanggan tetap, kiosk terbabit akan mengingati hidangan yang pernah dipesan sebelum ini. Maknanya, teknologi ini sesuai untuk pelanggan seperti saya yang sukar untuk buat pilihan ‘nak order apa?’.

Buat masa sekarang, kiosk terbabit hanya dijalankan di sebuah restoran pintar yang terletak di Beijing. Lihat bagaimana mereka membuat pesanan dengan teknologi pengecaman muka.

https://www.youtube.com/watch?v=XeW58bZJalg

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Dipautkan Terus Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi - Ahmad Maslan
  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh
  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial Elektrik Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
©2026 WISER.MY