Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X3 GT_1

Resipi Yang Sama, POCO X4 5G Mungkin Redmi Note 11 Pro 5G Yang Dijenamakan Semula

Diterbitkan Februari 7, 2022 oleh Amsyar Latif

Julai tahun lalu, POCO X3 GT selamat mendarat buat pasaran tempatan yang mana ia telefon pintar yang dijenamakan semula dari Redmi Note 10 Pro 5G.

Terbaru, telefon pintar tersebut dilihat akan ada penggantinya tidak lama lagi memandangkan POCO X4 5G sudah menerima pengesahan di Thailand dan juga India.

Malah, berdasarkan nombor modelnya juga dapat diketahui bahawa ia merupakan peranti yang dijenamakan semula daripada Redmi Note 11 Pro 5G yang baru sahaja dilancarkan buat pasaran global pada Januari lepas.

Resipi Yang Sama, POCO X4 5G Mungkin Redmi Note 11 Pro 5G Yang Dijenamakan Semula

Oleh itu, POCO X4 5G semestinya sebuah peranti berkuasa tetapi harganya akan kekal mampu milik. Imbas kembali, Redmi Note 11 Pro 5G juga varian paling premium serta paling berkuasa dalam siri Redmi Note 11.

Ia hadir dengan cip Snapdragon 695, skrin berukuran 6.67 inci FHD+ AMOLED 120Hz, tetapan kamera 108MP+8MP+2MP, memori sehingga 8GB RAM, storan 128GB, bateri 5000mAh dan kelajuan mengecas 67W.

Sumber: mysmartprice

Baca juga:

  • Xiaomi Failkan Tanda Dagang Logo Baharu, Bernilai ~RM1.3 Juta

  • Apple Kembali Di Puncak, Atasi Xiaomi Dan Pesaing Lain

  • Bukan Kamera Tapi Xiaomi Patenkan Pembesar Suara Dengan Penutup Mekanikal

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY