Xiaomi nampaknya sangat berminat dengan siri Redmi terutama Redmi Note 10. Setakat ini, ia sudah mempunyai 4 pilihan di Malaysia.
Semalam, Redmi Note 10 Pro 5G adalah ahli keluarga baharu yang diperkenalkan dalam siri tersebut. Perubahan kali ini adalah dari segi rekaan dan juga spesifikasi yang ditawarkan.
Baca juga – Dua Redmi Note 10 Baharu Rasmi, Kekal Harga Mampu Milik
Peranti ini mempunyai tiga pilihan warna – Magic Green, Moon Soul dan Star Yarn. Selain itu, ia turut dilengkapi tetapan 3 kamera yang mana 64MP utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro serta 16MP kamera swafoto.
Di dalam terbina cip Dimensity 1100 dengan padanan memori 6GB atau 8GB RAM dan 128GB atau 256GB storan UFS 3.1. Juga dimuatkan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.
Walau bagaimanapun, pengorbanan harus dilakukan bagi menjadikannya telefon mampu milik. Ini kerana peranti tersebut menggunakan paparan 6.67 inci LCD 120Hz berbanding versi Pro biasa yang hadir dengan panel AMOLED. Namun, ia dilindungi dengan Gorilla Glass Victus.
Baca juga – (Ulasan) Xiaomi Redmi Note 10 Pro – 120Hz AMOLED Dan Kamera 108MP Untuk Semua
Antara yang lainnya adalah sokongan dwi-SIM, WiFi 6, Bluetooth 5.2, sistem penyejukan vapour chamber, IP53, papan kekunci Razer dan dwi-pembesar suara yang ditala JBL. Harga jualan di China bermula 1599 Yuan (~RM1036).
Sumber: gizmochina