POCO hari ini secara rasminya melancarkan POCO X3 GT di Malaysia dan sekali gus juga buat pasaran global. Seperti yang diketahui, ia adalah tidak asing lagi merupakan sebuah peranti yang dijenamakan semula dari Redmi Note 10 Pro 5G di China.
Tidak seperti POCO M3 Pro 5G yang tampil dengan kemasan sedikit berbeza, POCO X3 GT serupa dengan ‘rakannya’ di China. Bermakna rekaan luaran sama dan membezakannya adalah penjenamaan POCO.
Di dalam, peranti ini dikuasakan MediaTek Dimensity 1100 dimana ia adalah cip pemproses 6nm bersama padanan memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB atau 256GB UFS 3.1.
Turut dilengkapi paparan bersaiz 6.6 inci FHD+ IPS LCD dengan kecerahan hingga 450 nits, sokongan kadar penyegaran 120Hz, input sentuh 240Hz serta gamut warna DCI-P3. Ia juga dilindungi Corning Gorilla Victus bagi memberi ketahanan lebih baik.
Untuk kamera, terdapat 3 tetapan – 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara kamera hadapan adalah 16MP.
Antara lainnya adalah bateri 5000mAh dengan pengecasan 67W, dwi-SIM, sokongan 5G, WiFi 6, pengimbas cap jari dan wajah, dwi-pembesar suara Dolby Atmos serta menyokong Hi-Res dan Hi-Res tanpa wayar.
Terdapat tiga pilihan warna – Stargaze Black, Cloud White dan Wave Blue. Manakala harga jualan bagi POCO X3 GT adalah RM1299 (8+128GB) dan RM1599 (8+256GB) yang boleh dibeli menerusi Lazada.
Namun, bermula 3 hingga 4 Ogos, POCO X3 GT masing-masing dijual pada RM1199 dan RM1399. Selain itu, pembeli terawal juga bakal menerima hadiah percuma yang bernilai RM169 bagi setiap pembelian varian 8GB+256GB pada 3 Ogos ini.
Sumber: Siaran Akhbar POCO
Baca juga artikel berkaitan:
- POCO M3 Pro 5G Rasmi, Telefon 5G Termurah Di Malaysia
- Siri Redmi K50 Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 895
- MIUI 13 Akan Menawarkan Fungsi “Tambah” RAM