Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
buka tutup speaker xiaomi

Bukan Kamera Tapi Xiaomi Patenkan Pembesar Suara Dengan Penutup Mekanikal

Diterbitkan Januari 12, 2022 · Dikemas kini Januari 12, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kualiti audio merupakan bahagian yang dititikberatkan oleh Xiaomi sejak beberapa tahun ini. Buktinya, mereka telah bekerjasama dengan Harman Kardon untuk model seperti Mi 11 dan Xiaomi 12 dan menyaksikan kualiti pembesar suara padanya begitulah baik.

Februari tahun lalu, Xiaomi telah mendaftarkan paten “penutup boleh alih untuk pembesar suara peranti” dengan EUIPO dan USPTO, menurut LetsGoDigital.

speaker cover xiaomi 1

Dengan paten ini, kita boleh membayangkan telefon Xiaomi dengan port 3.5mm bersama penutup pembesar suara mekanikal di bahagian atas. Penutup ini akan membuka pembesar suara secara automatik ketika peranti memainkan lagu.

Ia akan kembali menutup pembesar suara apabila pengguna dalam mod panggilan untuk memberikan kualiti audio yang lebih baik.

buka tutup speaker xiaomi

Buat waktu ini, ia mungkin tidak dapat akan diaplikasikan pada model-model yang akan dilancarkan dalam masa terdekat namun ia agak menarik bagaimana ia akan mempengaruhi kualiti audio peranti Xiaomi.

Sumber: LetsGoDigital

Baca juga:

  • Taiwan Dapati Telefon Xiaomi Tapis Carian Pengguna Dan Hantar Data Ke Beijing
  • OnePlus 10 Pro Rasmi – Kini Dengan Snapdragon 8 Gen 1, Masih Lagi Hasselblad
  • 5 Barang Xiaomi Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY