Seperti yang dijanjikan, Xiaomi kini selamat melancarkan siri Redmi Note 11 untuk pasaran global. Siri ini membawakan 4 model bagi menggantikan siri Redmi Note 10 tahun lalu iaitu Redmi Note 11, Redmi Note 11S, Redmi Note 11 Pro, dan Redmi Note 11 Pro 5G.
Dengan siri Redmi Note 11, ia membawakan spesifikasi dan ciri lebih berkuasa.
Rekaan adalah yang paling ketara kerana kesemua model kini menggunakan sisi rata, memberikan kelainan untuk generasi Redmi Note yang baharu.
Redmi Note 11
Redmi Note 11 merupakan adik kecil siri ini dengan spesifikasi paling rendah. Ia membawakan paparan 6.43 inci 90Hz bersama panel AMOLED FHD+.
Cip pula dijana Snapdragon 680 yang dipadankan dengan RAM sehingga 6GB dan storan 128GB UFS 2.2.
Sistem kamera dibarisi oleh 4 lensa – 50MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP makro + 2MP depth. Manakala untuk swafoto pula adalah 13MP.
Bateri berkapasiti 5,000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 33W.
Redmi Note 11S
Redmi Note 11S merupakan model perantara antara model Redmi Note 11 asas dengan varian Redmi Note 11 Pro.
Skrinnya sama dengan Redmi Note 11 iaitu paparan 6.43 inci 90Hz bersama panel AMOLED FHD+.
Cip pula menggunakan MediaTek Helio G96 diiringi RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB UFS 2.2.
Sedikit berbeza untuk model Redmi Note 11S kerana kameranya menggunakan sistem yang sama dengan model Pro iaitu 108MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP makro + 2MP depth.
Swafotonya pula lebih beresolusi tinggi pada 16MP sementara sistem bateri sama dengan Redmi Note 11 iaitu 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.
Redmi Note 11 Pro
Dengan penamaan Pro, Xiaomi menyertakan paparan lebih berkuasa dan skrin lebih besar.
Pada Redmi Note 11 Pro, ia dilengkapi skrin berukuran 6.67 inci FHD+ AMOLED dengan 120Hz.
MediaTek Helio G96 masih lagi menjadi nadi kuasa Redmi Note 11 Pro yang sama seperti Redmi Note 11S.
Untuk memori pula adalah RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB UFS 2.2.
Sistem kamera juga menggunakan tetapan 108MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP makro + 2MP depth dengan swafoto 16MP.
Untuk varian Pro, pengecasan lebih pantas disertakan dengan 67W yang memberi nafas kepada bateri berkapasiti 5,000mAh.
Redmi Note 11 Pro 5G
Sebagai abang besar siri Redmi Note 11, Redmi Note 11 Pro 5G merupakan varian paling premium dan paling berkuasa.
Yang pertamanya ia adalah merupakan satu-satunya telefon dalam siri ini yang mempunyai sokongan 5G dengan penggunaan cip Snapdragon 695.
Paparan adalah sama dengan Redmi Note 11 Pro iaitu skrin berukuran 6.67 inci FHD+ AMOLED dengan 120Hz.
Berbeza dengan 3 model tadi, Redmi Note 11 Pro 5G menggunakan 3 lensa tanpa unit depth – 108MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP depth.
Memori pula sehingga 8GB RAM dan storan 128GB UFS 2.2.
Sama dengan Redmi Note 11 Pro, pengecasan adalah 67W dengan bateri 5,000mAh.
Kesemua model dalam siri Redmi Note 11 ini menyokong sistem pembesar suara stereo, pengimbas cap jari sisi, NFC, pemancar inframerah, serta bicu audio 3.5mm. Siri Redmi Note 11 terbaharu ini juga menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 12.
Harga
Berikut merupakan harga permulaan untuk setiap model dalam siri Redmi Note 11:
- Redmi Note 11 bermula $179 (RM750)
- Redmi Note 11S bermula $249 (RM1,043)
- Redmi Note 11 Pro bermula $299 (RM1,253)
- Redmi Note 11 Pro 5G bermula $329 (RM1,379)
Buat masa ini ia hanya dijual untuk pasaran Eropah sahaja. Apa-apa berita mengenai pengenalannya untuk pasaran Malaysia akan diberitahu kelak melalui Xiaomi Malaysia sendiri.