Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-04-27 at 11.11.42 AM

Rentura – Sewa Pelbagai Jenis Barangan Dari Aplikasi Yang Dibangunkan Oleh Anak Tempatan

Diterbitkan April 27, 2019 oleh Haikel Areff

Platform membeli-belah secara atas talian adalah sesuatu yang biasa kita dengar atau gunakan dalam kehidupan seharian. Bagaimana pula dengan platform untuk sewa menyewa barangan?

Jika di negara luar, terdapat beberapa platform atau aplikasi terkenal untuk menyewa barangan seperti BURO, Lendr dan sebagainya. Namun di Malaysia, ia agak kurang popular.

Akan tetapi, ia tidak menghalang sekumpulan anak tempatan dari mengambil inisiatif untuk menyediakan satu platform bagi memudahkan rakyat Malaysia menyewa atau menyewakan pelbagai kategori produk dalam satu platform yang sama.

Rentura, sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh KukuBytes Development kini tersedia untuk pengguna Android dan iOS.

Screenshot 2019-04-27 at 10.51.55 AM
KukuBytes Development
Screenshot 2019-04-27 at 10.51.59 AM
KukuBytes Development
Screenshot 2019-04-27 at 10.52.03 AM
KukuBytes Development
Screenshot 2019-04-27 at 10.52.06 AM
KukuBytes Development

Melaluinya, anda boleh menyewa pelbagai jenis barangan seperti pakaian pengantin, peranti elektronik, kenderaan seperti motorsikal dan lori, malah sebuah kereta mewah.

Rentura – Sewa Pelbagai Jenis Barangan Dari Aplikasi Yang Dibangunkan Oleh Anak Tempatan
Rentura – Sewa Pelbagai Jenis Barangan Dari Aplikasi Yang Dibangunkan Oleh Anak Tempatan
Rentura – Sewa Pelbagai Jenis Barangan Dari Aplikasi Yang Dibangunkan Oleh Anak Tempatan

Ini bermakna pengguna tidak lagi perlu memuatnaik beberapa aplikasi berbeza untuk mencari barangan yang ingin disewakan. Tambahan pula, anda juga diberi kemudahan untuk menjana pendapatan melalui aplikasi ini dengan menyewakan barangan yang anda miliki.

Ia sekaligus menjadi medium perhubungan di antara penyewa dan pemilik produk. Pada peringkat awal(Fasa 1) ini, segala perjanjian akan diuruskan sendiri oleh pemilik dan penyewa, di mana Rentura hanya akan menjadi platform perhubungan sahaja.

Namun di masa akan datang(Fasa 2), ia akan menjadi orang tengah bagi menjaga kebajikan kedua-dua pihak, baik penyewa mahupun pemilik barangan. Malah, urusan mereka juga akan dilindungi oleh deposit dan insurans.

Rentura – Sewa Pelbagai Jenis Barangan Dari Aplikasi Yang Dibangunkan Oleh Anak Tempatan
Proses operasi bagi Fasa 2

Akan tetapi, sedikit kos akan dikenakan Rentura kepada pengguna bagi menampung kos insurans dan deposit berbanding tiada sebarang kos tambahan ketika ini.

Sejak mula dilancarkan pada bulan Februari yang lalu, Rentura telah merekodkan lebih 200 pendaftaran akaun dan ia semakin bertambah hari demi hari.

Oleh itu, bagi anda yang ingin mencuba aplikasi ini, anda boleh memuat turun Rentura melalui gedung aplikasi Google Play Store atau Apple Appstore sekarang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY