Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Menerbitkan Filem The Rock x Siri: Dominate The Day – Lakonan Dwayne Johnson Dan Siri!

Apple Menerbitkan Filem The Rock x Siri: Dominate The Day – Lakonan Dwayne Johnson Dan Siri!

Diterbitkan Julai 24, 2017 · Dikemas kini Julai 24, 2017 oleh Haikel Areff

Dwayne “The Rock” Johnson hari ini mengumumkan dia akan bergandingan bersama pembantu suara AI Apple yang dikenali ramai, Siri dalam satu filem yang berjudul The Rock x Siri: Dominate The Day.

Screen Shot 2017-07-24 at 10.07.47 AM

Menurut kiriman The Rock di Twitter, filem ini dihasilkan untuk tujuan komersial dan akan ditayangkan bermula hari ini 24 Julai di Youtube rasmi Apple, tapi masih tak dapat diketahui masa sebenarnya filem ini akan mula dimuat naik oleh mereka.

Apple Menerbitkan Filem The Rock x Siri: Dominate The Day – Lakonan Dwayne Johnson Dan Siri!

Ini bukan kali pertama Apple menerbit filem pendek mereka sendiri. Bulan lepas Apple turut menayangkan filem pendek “Detour” arahan Michel Gondry, pengarah dari Perancis yang merakam keseluruhan filem tersebut dengan menggunakan iPhone.

Filem ini juga dilihat merupakan satu langkah cerdik oleh Apple yang dikhabarkan akan memperkenalkan peranti pembantu suara, Home Pod seperti Alexa dan Google Home, dengan mengekalkan bintang utama mereka, Siri.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY