Menjadi penggodam tidak semestinya berniat jahat.
Seorang remaja dari Negara Argentina dilaporkan menjana pendapatan lebih daripada USD1 juta menerusi pencarian pepijat yang ada di dalam perisian-perisian komputer.
Remaja bernama Santiago Lopez yang baru berumur 19 tahun itu juga adalah individu pertama yang berjaya memperoleh ganjaran lebih daripada USD1 juta daripada pihak HackerOne.

Sejak menyertai Hacker One, beliau telah menemui lebih daripada 1670 kelemahan ciri keselamatan dalam pelbagai produk serta servis popular seperti Verizon, Twitter, WordPress, dan jabatan kerajaan.
Belajar sendiri
Beliau mula menceburi bidang penggodaman sistem komputer ini pada 3 tahun yang lepas selepas beliau menonton filem Hollywod bertajuk Hackers (1995).
Dari situ beliau mula tertarik dengan bidang ini dan mula mempelajari ilmu dan teknik-teknik penggodaman menerusi pembacaan dari blog dan menonton video-video berkaitan di laman YouTube.

Dari masa ke semasa beliau meningkatkan kemahiran menggodam dan memberikan fokus dengan mencari seberapa banyak pepijat yang boleh dalam tempoh yang singkat.
“They viewed the hacker as a bad person who robbed people. They did not think it was possible that a hacker could be good and make money legally.”
Anda boleh menonton wawancara penuh HackerOne bersama Santiago Lopez di laman YouTube.
Sumber: PCMag