Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Watch Ultra

Rekaan Samsung Galaxy Watch Ultra Dan Buds3 Didedahkan

Diterbitkan Jun 28, 2024 · Dikemas kini Jun 28, 2024 oleh Amsyar Latif

Samsung sudah pun mengesahkan acara Galaxy Unpacked yang dijadualkan pada 10 Julai depan di Paris. Seperti tahun sebelumnya, acara ini memfokuskan barisan telefon boleh lipat serta peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar dan fon telinga.

Menjelang acara tersebut, rekaan bagi peranti boleh pakai terbaru Samsung telah didedahkan oleh peniris terkenal Evan Blass di platform X beliau.

Galaxy Watch Ultra_1
Galaxy Watch Ultra_4
Galaxy Watch Ultra_3

Samsung Galaxy Watch Ultra dilihat mempunyai rupa lebih besar dan butang pada sisi kanannya hadir dengan aksen warna oren. Bukan itu sahaja, tali jamnya juga berwarna oren. Paling baharu, sambungan tali jamnya kali ini berbeza dengan terdahulu di mana Samsung tidak menggunakan pin spring tetapi ia lebih ke arah sambungan pada barisan Apple Watch.

Galaxy Watch7
Galaxy Watch7_2
Galaxy Watch7_3

Sementara Galaxy Watch7 pula, tidak banyak perbezaan dengan Galaxy Watch6.

Galaxy Buds3
Galaxy Buds3 Pro

Beralih kepada fon telinga, terdapat dua varian, iaitu Galaxy Buds3 dan Buds3 Pro. Jika benar rekaan tersebut, Samsung nampaknya menggunakan rupa bentuk fon telinga mirip pesaing mereka lain. Mungkin seperti Apple AirPods. Buds3 seperti AirPods di mana tiada tip silikon. Manakala Buds3 Pro mirip AirPods Pro dengan kehadiran tip silikon.

Dari segi harga, berkemungkinan kesemua peranti boleh pakai baharu Samsung itu akan dijual pada julat harga yang lebih kurang dengan pendahulunya.

Berkaitan

  • Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia
  • Tak Mahu 'Perang' Paten Galaxy Ring, Samsung Terlebih Dahulu Saman Oura
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Samsung Melancarkan Aksesori Khas Sukan Olimpik Paris 2024

Sumber: Evan Blass

Rujukan: 9to5google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY