Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Melancarkan Aksesori Khas Sukan Olimpik Paris 2024

Samsung Melancarkan Aksesori Khas Sukan Olimpik Paris 2024

Diterbitkan Jun 24, 2024 · Dikemas kini Jun 24, 2024 oleh ariff bukhari

Sempena Sukan Olimpik yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024 dan Sukan Paralimpik 2024 yang akan menyusul selepas itu bermula 28 Ogos hingga 8 September 2024 nanti,, Samsung Electronics yang merupakan rakan penaja sukan berprestij itu mengeluarkan rangkaian aksesori yang direka khusus untuk telefon pintarnya.

Menampilkan warna Sukan Olimpik Paris 2024, sarung Samsung baharu memaparkan gaya Art Deco yang ringkas dan moden.

Reka bentuk itu termasuklah :

  • Logo Paris 2024 atau tulisan Art Deco bergaya yang membangkitkan Roaring Twenties
  • Model huruf yang memaparkan perkataan Paris 2024 dan menggunakan warna Sukan Olimpik dan Paralimpik
  • Selongsong silikon hitam dengan logo Paris 2024 berwarna putih
Samsung Melancarkan Aksesori Khas Sukan Olimpik Paris 2024
Samsung Electronics turut membuka stor pengalaman Sukan Olimpik dan Paralimpik serba baharu di Perancis.

Menariknya, aksesori Olimpik dari Samsung ini direka dan dibungkus di Perancis.

Ia direka dengan ciri mampu menyerap hentakan dan melindungi panel belakang daripada calar bahagian belakang yang tegar dengan bahagian tepi yang lembut.

Samsung Melancarkan Aksesori Khas Sukan Olimpik Paris 2024
Samsung Melancarkan Aksesori Khas Sukan Olimpik Paris 2024
Samsung Melancarkan Aksesori Khas Sukan Olimpik Paris 2024
Samsung Melancarkan Aksesori Khas Sukan Olimpik Paris 2024
Bank kuasa Samsung tema Olimpik juga turut dikeluarkan.

Selain diperbuat daripada silikon atau resin tidak licin yang menawarkan rintangan yang lebih baik.

Samsung mendedahkan bahawa lebih 50 model selongsong tersedia. Pada masa yang sama, koleksi ini serasi dengan pelbagai model telefon pintar Galaxy termasuklah:

  • Galaxy A05s
  • Galaxy A15
  • Galaxy A25
  • Galaxy A35
  • Galaxy A55
  • Galaxy S23 FE
  • Galaxy S24
  • Galaxy S24 Ultra
  • Galaxy S24+
  • Galaxy Z Flip 5

Selongsong dan produk aksesori lain yang bertemakan warna Olimpik Paris 2024 sudah tersedia di Perancis, termasuk beberapa di laman sesawang Samsung Perancis.

Berkaitan

  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Rasmi, Huawei Akhirnya Perkenalkan HarmonyOS NEXT, Terbina Dengan “Harmony Intelligence”

Sumber: Samsung, Olympic 2024, Paralympic 2024, Sammy fans

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY