Terkini, laporan menyatakan Qualcomm sedang membangunkan cip pemproses andalan terbaru yang akan dinamakan sebagai Snapdragon 895. Menariknya, Xiaomi Mi 12 dikatakan akan menjadi peranti pertama yang dimuatkan dengan janaan cip Snapdragon 895 itu.
Pada masa ini, cip Snapdragon 888 menggunakan teknologi 5nm dari Samsung. Ia dijangka akan dilancarkan semula sebagai Snapdragon 895 dengan menggunakan teknologi 5nm yang dipertingkatkan dari segi prestasi dan kecekapan tenaga.
Snapdragon 895 dijangka aan menerima modem Qualcomm X65 5G, serta mempunyai kelajuan maksimum bagi rangkaian 5G yang boleh mencapai sehingga 10Gbps.
Dalam pada itu, Qualcomm turut dilaporkan akan membangunkan cip pemproses andalan terbaru yang bakal dihasilkan dengan menggunakan teknologi 4nm dari TSMC.
Tujuan utama peralihan ini dikatakan berikutan perancangan TSMC yang dijangka akan memulakan pengeluaran besar-besaran proses 4nm menjelang 2022. Sumber turut menyatakan cip Snapdragon dengan proses 4nm ini tidak akan dilancarkan sehingga menjelang 2022.
Sementara itu, Xiaomi Mi 12 dengan Snapdragon 895 dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Google, Xiaomi, vivo Dan OPPO Dijangka Akan Lancar Telefon Boleh Lipat Pada 2021
- Qualcomm Rasmi Mengumumkan Cip Snapdragon 888
- iPhone 12 Dilaporkan Mengalami Masalah Cat Tertanggal Pada Bingkai
- Android 12 Dijangka Hadir Dengan Ciri Perkongsian Kata Laluan Wi-Fi Melalui Nearby Share
- Berhadapan Isu Kualiti Lensa Kamera, Pelancaran iPhone 12 Tidak Terjejas - Ming-Chi Kuo
- Lebih 1,000 Kandungan Provokatif Di TikTok Disekat Secara Automatik Selepas PRU15 - Fahmi Fadzil
- Aplikasi Iman Pro Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun RM12.90
- Xiaomi Perlihatkan Skor GeekBench Mi 11 Dengan Snapdragon 888 - Mengatasi Cip Kirin 9000 Dan Snapdragon 865
- Counterpoint: iPhone 12 Adalah Telefon 5G Paling Laris Dijual Untuk Pasaran Global
- Mi 11 Ultra Sah Akan Menggunakan Sensor Samsung ISOCELL GN2