Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penganalisa Ramal PlayStation 5 Akan Dijual Pada Harga Yang Lebih Kurang Sama Dengan PS4 Ketika Pelancaran

Rekaan 3D Bagi PlayStation 5 Dikeluarkan, Tampil Dengan Hiasan LED Angka Roman “V”

Diterbitkan April 30, 2019 oleh Haikel Areff

Sejak dua minggu yang lepas, kita mula mendengar beberapa informasi daripada orang dalaman Sony sendiri mengenai konsol permainan PlayStation 5 mereka.

Antaranya, konsol berkenaan dikatakan akan mempunyai beberapa spesifikasi menarik seperti sokongan grafik 8K, sokongan SSD, teknologi ray tracing dan penggunaan CPU 8-teras AMD Ryzen 7nm Zen 2.

Terbaru, pihak LetsGoDigital telah menghasilkan satu rekaan render 3D bagi PlayStation 5 dan ia kelihatan sangat elegan.

Rekaan 3D Bagi PlayStation 5 Dikeluarkan, Tampil Dengan Hiasan LED Angka Roman “V”
LetsGoDigital

Perkara yang paling menarik perhatian kami ialah rekaan lampu pada sisi atas konsol yang membentuk huruf “V” yang bermaksud lima(5) dalam angka Roman.

Selain itu, ia juga seolah-olah dibina dengan lima lapisan panel dari luaran. Bagaimanapun, tiada sebarang butang kuasa fizikal dapat dilihat dalam gambar.

Bagaimanapun, ia hanyalah rekaan render sahaja dan produk akhir tidak semestinya kelihatan seperti gambar di atas.

PS5 tidak akan dilancarkan dalam tempoh setahun mendatang dan ia bermakna lebih banyak lagi berita yang akan kita terima menjelang pelancarannya nanti. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: LetsGoDigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY