Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reka Bentuk Tahan Gempa Pelajar UTM Raih 2 Anugerah Antarabangsa

Reka Bentuk Tahan Gempa Pelajar UTM Raih 2 Anugerah Antarabangsa

Diterbitkan Oktober 7, 2025 oleh ariff bukhari

Pasukan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta sejarah apabila merangkul dua anugerah utama di pertandingan Pengenalan dan Demonstrasi Penyelidikan Kejuruteraan Gempa Bumi Antarabangsa (IDEERS) 2025.

Pertandingan yang berlangsung di Taiwan itu diwakili oleh Anushri Batumanathan, Nur Farzana Mamat Solleh, dan Soon Chen Wei, dengan diiringi pensyarah, Dr. Muhammad Farhan Mohd Fisol, telah berjaya memenangi Anugerah Pameran Konsep Reka Bentuk Terbaik dan Anugerah Reka Bentuk Struktur & Inovasi, sekali gus menewaskan 50 lagi peserta dari universiti antarabangsa yang lain.

Walaupun hanya bertiga berbanding syarat empat peserta, mereka berjaya menyiapkan model tahan gempa tepat pada waktunya.

Reka Bentuk Tahan Gempa Pelajar UTM Raih 2 Anugerah Antarabangsa
Pasukan UTM, Anushri Batumanathan, Nur Farzana Mamat Solleh, dan Soon Chen Wei bersama rekaan mereka yang dipertandingkan di IDEERS 2025, Taiwan.

Sokongan daripada Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM, dengan kerjasama Kumpulan Penyelidikan Seismologi dan Kejuruteraan Gempa Bumi (eSEER), yang mengkhusus dalam kajian berkaitan gempa bumi, turut memainkan peranan penting dalam kejayaan mereka.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama UTM di peringkat antarabangsa, malah membuka peluang kerjasama akademik global.

Sejajar dengan pencapaian ini, Fakulti Kejuruteraan Awam UTM juga telah memperkenalkan format pertandingan yang serupa di Malaysia, dengan lebih banyak siri dirancang pada masa hadapan untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan pendedahan yang lebih luas mengenai kejuruteraan gempa bumi kepada pelajar di peringkat tempatan.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Inovasi Pelajar UTM Bagi Selamatkan Mangsa Banjir Diiktiraf Antarabangsa
  • Pensyarah UM Perkenal Teknologi Pintar Simpan Hidrogen Pepejal Lebih Selamat
  • UMT Lancar Pusat Penyelidikan Inovasi Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir Pertama Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY