Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
insta 360

Insta360 Link 2 Dan 2C, Kamera Web Baharu Dengan Ciri Pembatalan Hingar AI

Diterbitkan September 25, 2024 oleh Rushsyafizal

Insta360 kembali hadir dengan inovasi terbarunya dalam dunia kamera web (webcam). Setelah melancarkan Insta360 Link pada tahun 2022, Kali ini ia melancarkan dua versi penggantinya, iaitu Insta360 Link 2 yang mempunyai gimbal. Sementara Insta360 Link 2C tidak tersedia gimbal.

Kedua model memiliki fungsi pembatalan hingar dikuasakan AI, yang boleh menyesuaikan suara dengan beberapa keadaan seperti Voice Focus, Voice Suppression, dan Music Balance. Fungsi ini sangat bermanfaat untuk menapis suara bising seperti perbualan di sekitar, sedang taip pada papan kekunci, dan suara lalu lintas, menjadikannya alat yang penting untuk mesyuarat dalam talian atau strim video secara langsung.

Link 2 dan link 2C dilengkapi dengan sensor 1/2 yang telah ditingkatkan, sehingga mampu menangani situasi cahaya rendah dengan lebih baik. Selain itu, ia juga menyokong video 4K 30fps dengan HDR untuk menjaga perincian di kawasan gelap dan terang. Lensa dengan apertur f/1.8 dan Phase Detection Auto Focus (PDAF) untuk menawarkan kesan bokeh ala DSLR, yang mampu mengaburkan latar belakang untuk fokus lebih tajam pada subjek.

Screenshot 2024-09-25 103809
Screenshot 2024-09-25 103747
Screenshot 2024-09-25 103631

Kamera web ini juga mempunyai DeskView Mode yang menyediakan ideal untuk pembentangan dari sudut atas. Selain itu, AI Tracking membolehkan kamera dapat mengikuti pergerakan pengguna secara automatik dengan AI, bahkan dilengkapi dengan Group Tracking Mode untuk beberapa orang.

Fungsi Gesture Control memberikan kemudahan untuk mengawal kamera, hanya dengan isyarat tangan, seperti untuk memulai/menghentikan pelancaran AI, zum, atau mengaktifkan Smart Whiteboard Mode.

Satu lagi ciri menarik adalah ia boleh dilekatkan secara magnetik yang memudahkan anda untuk meletakkan kamera ke permukaan logam dengan cepat. Selain itu, terdapat juga skru 1/4 tripod untuk pemasangan yang lebih tradisional.

Kamera web ini sudah tersedia secara global di Insta360 store, Amazon, dan pengedar yang sah dengan harga USD200 (~RM824) untuk Insta360 Link 2. Sementara USD150 (~RM618.45) bagi Insta360 Link 2C.

Berkaitan

  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi
  • Kelajuan Muat Turun 5G Malaysia Diiktiraf Ke-2 Terpantas Di Rantau Asia Pasifik
  • Nothing Ear (open) Dilancar Dengan Harga RM659
  • Hitachi Dan Nvidia Bangunkan Sistem Berkuasa AI Untuk Pantau Kereta Api
  • MKBHD Lancar Aplikasi 'Wallpaper', Harga Langganan RM59.90/Bulan

Sumber : GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY