Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
smart band pro 1

Redmi Smart Band Pro, Skrin AMOLED Luas Dan Lebih Terang

Diterbitkan November 1, 2021 · Dikemas kini November 1, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sebelum ini telah dilaporkan tentang spesifikasi Redmi Smart Band Pro dan hari ini setelah dilancarkan Xiaomi, Redmi Smart Band Pro secara rasmi juga tersedia di laman Xiaomi Global.

Seperti penjejak kesihatan yang lain juga, ia dilengkapi fungsi seperti penjejakan tidur, pemantauan degupan jantung, sensor SpO2, Female Health dan pemantauan tekanan (stress). Selain itu, ia juga menyokong lebih 110 mod sukan, bateri sehingga 14 hari penggunaan biasa, 20 hari dengan mod penjimatan ultra, ketahanan air sehingga 50 meter dan pengecasan magnetik.

smart band pro 2

Namun, antara yang menjadi perhatian bagi model baru siri Redmi Smart Band kali ini ialah skrin 1.47 inci AMOLED dengan nisbah 66.7% dan kecerahan maksimum 450 nit serta 100% NTSC yang membenarkan warna yang dipaparkan tampak semulajadi dengan kecerahan yang tinggi.

Ia juga sesuai digunakan bersama STRAVA dan Apple Health. Pun begitu, Xiaomi Malaysia masih belum mengeluarkan kenyataan bilakah ia akan dibawa ke pasaran Malaysia.

Sumber: Xiaomi Global

Baca juga:

  • MediaTek Kini Antara Pengeluar Cip Terbesar Di Dunia
  • Redmi Watch 2 Lite, Nisbah Skrin Lebih Besar Dan Bateri Tahan Lama
  • Cara Pohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY