Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Redmi Watch 2 Lite, Nisbah Skrin Lebih Besar Dan Bateri Tahan Lama

Posted on November 1, 2021November 1, 2021

Sebelum ini, terdapat beberapa khabar angin tentang beberapa model yang akan dilancarkan Xiaomi termasuk Redmi Watch 2 dan Redmi Smart Band Pro. Beberapa hari lalu, Xiaomi telah mengumumkan beberapa peranti termasuk Redmi Watch 2 Lite. Model-model ini  juga telah disenaraikan di laman rasmi global Xiaomi.

Bagi Redmi Watch 2 Lite, ia menampilkan rekaan seperti Apple Watch dengan skrin sebesar 1.55 inci daripada panel TFT dan nisbah paparannya 10% lebih besar berbanding model terdahulu.

Ia turut menawarkan lebih 100 mod sukan, ketahanan air pada 5ATM, sensor SpO2, fungsi pemantauan degupan jantung, pemantauan tidur, Female Health, GPS dan baterinya didakwa mampu bertahan sehingga 10 hari atau 14 jam jika mengaktifkan penggunaan GPS.

Bagaimanapun, tiada maklumat berkaitan penawaran harganya dan belum diketahui sama ada ia dibawa masuk ke Malaysia atau pun tidak.

Sumber: Xiaomi Global

Baca juga:

  • Redmi Smart Band Pro Bakal Dilancar Minggu Ini
  • HMS Pun Boleh Muat Turun Aplikasi Google? Semuanya Terjawab Dengan HUAWEI nova 9!
  • Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah “Dunia Baharu” Ciptaan Mark Zuckerberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress