Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-26T105639.622

Redmi Pad Pro Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1,099

Diterbitkan Jun 26, 2024 · Dikemas kini Jun 26, 2024 oleh Muhd Idham

Xiaomi Malaysia mengumumkan tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, Redmi Pad Pro yang kini tersedia menjalankan sistem operasi HyperOS.

Redmi Pad Pro baharu ini dipacu oleh cip pemproses Snapdragon 7s Gen 2 (2.4 GHz) dan GPU Qualcomm Adreno bersama RAM LPDDR4X serta storan jenis UFS 2.2.

Dilengkapi paparan Corning Gorilla Glass 3 bersaiz 12.1 inci, resolusi 2.5K (2560 x 1600) dengan kadar segar semula 120Hz, ia turut menyokong ciri Dolby Vision.

Bateri pula hadir dengan kapasiti 10,000mAh dan sokongan pengecas pantas USB-C 33W.

Selain itu, tablet ini juga dilengkapi dengan kamera hadapan dan belakang 8MP dengan sokongan rakaman video 1080p 30FPS.

Redmi Pad Pro ini akan tersedia dalam dua varian dengan aksesori yang dijual berasingan.

  • 6GB + 128GB = RM1,099 (Promosi harga RM999 untuk pembeli terawal)
  • 8GB + 256GB = RM1,499 (Promosi percuma papan kekunci Redmi Pad Pro)
  • Papan kekunci Redmi Pad Pro = RM399
  • Pen Pintar Redmi = RM199
  • Sarung Redmi Pad Pro = RM99

Harga promosi sah sehingga 7 Julai 2024.

Beli Redmi Pad Pro di:

Shopee – https://invl.io/cllbjwi

Lazada – https://invol.co/cllbjwo

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pelanggan Google Premium Dah Boleh Guna AI Gemini Di Workspace
  • Team17 Buat Jualan Di Steam, Diskaun Sehingga 90 Peratus
  • Acara Galaxy Unpacked Akan Berlangsung 10 Julai Depan
  • Beats Pill Kembali - IP67, Bateri 24 Jam, Berharga RM779

Sumber: Siaran Media Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY