Beberapa minggu selepas insiden terbakar Redmi Note 7s
Sebuah lagi model telefon pintar keluaran Xiaomi dilaporkan terbakar baru-baru ini. Jika sebelum ini model Redmi Note 7S milik seorang lelaki di India dilaporkan terbakar secara tiba-tiba. Kini giliran model didakwa sebagai Redmi Note 7 Pro pula didakwa terbakar tiba-tiba. Insiden terbaru ini dilaporkan berlaku di China.
Dakwa mangsa, telefon pintar itu dibelinya 3 bulan lalu untuk ayahnya. Dinyatakan, kebakaran berlaku secara tiba-tiba sewaktu ayah mangsa tertidur menonton video pada peranti tersebut. Kebakaran menyebabkan ayah mangsa mengalami sedikit kecederaan ketika cubaan memadam api.
Berikutan insiden itu, mangsa telah menghubungi pihak Xiaomi bagi melaporkan insiden yang berlaku.
Lanjutan daripada itu, pihak Xiaomi menerusi kakitangan khidmat pelanggan menyatakan kepada wartawan bahawa ia tidak berkaitan dengan kualiti produk tersebut.
Respon yang diberikan oleh pihak Xiaomi agak mengecewakan mangsa kerana ia dilihat menyamai respon yang diberkan oleh Xiaomi India terhadap insiden yang sama sebelum ini.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Intel Menggunakan Struktur Nombor Baru Bagi Cip Pemprosesan Mereka
- Ini Sebab Kenapa Kabel Apple USB-C Pro Berharga Lebih RM399
- Huawei Menjelaskan Program "Exclusive Ownership" Siri HUAWEI Mate30 Pro
- Huawei Dan Celcom Berkolaborasi Lancar RuralStar Pro Di Bera, Pahang
- Siri Infinix NOTE 40 Dilancar, Bawakan Pengecasan Pantas 100W
- Xiaomi 11 Lite 5G NE - Tidak Sekadar Naik Taraf Ala Kadar
- Diam-Diam Microsoft Kemas Kini Senarai Cip Pemprosesan Yang Menyokong Windows 11 22H2
- ASUS Menawarkan Komputer Riba Untuk Profesional - ProArt Studiobook 16
- Microsoft Lepaskan Kemas Kini Windows 11 22H2 KB5027231
- Pengecas Hyper 120W Xiaomi Tidak Menjejaskan Hayat Bateri Peranti - Xiaomi