Pada minggu lalu, Xiaomi telah pun melancarkan barisan produk terbaru mereka. Salah satunya adalah model terbaru telefon pintar Xiaomi 11 Lite 5G NE (New Edition).
Apa yang menarik dengan Xiaomi 11 Lite 5G NE ni adalah cip pemprosesannya di mana ia menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G dengan capaian 5G.
Cip tersebut turut digunakan pada telefon pintar realme GT Master Edition.
Dari aspek prestasi, keupayaan Xiaomi 11 Lite 5G NE tidak perlu dipertikaikan kerana ia sebuah cip pemprosesan yang cukup berkuasa dan antara yang terbaik dalam kategorinya.
Untuk bermain permainan online seperti Genshin Impact memang tiada masalah. Malah ia mampu memainkan permainan tersebut dalam tetapan yang tinggi.
Begitu juga dengan kualiti gambar yang dihasilkan dari kamera utama 64MP nya adalah cukup memuaskan. Kualitinya adalah jauh lebih baik dari kamera Xiaomi 11 Lite 4G.
Jadi, apa yang dapat disimpulkan adalah walaupun Xiaomi 11 Lite 5G NE menerima naik taraf perkakasan ala kadar sahaja, tetapi naik taraf tersebut iaitu cip pemprosesannya adalah sangat penting yang membezakannya dengan Xiaomi 11 Lite 4G.
Untuk lain-lainnya, Xiaomi 11 Lite 5G NE dilengkapi dengan bateri 4250mAh serta pengecas pantas 33W.
Untuk versi global, Xiaomi 11 Lite 4G didatangkan dalam 3 varian iaitu varian 6GB RAM dengan 128GB storan, varian 8GB RAM dengan 128GB storan dan varian 8GB RAM dengan 256GB storan.
Ia didatangkan dalam 4 pilihan warna menarik iaitu Snowflake White, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Truffle Black.