Huawei Dan Celcom Berkolaborasi Lancar RuralStar Pro Di Bera, Pahang

Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) berkolaborasi dengan Celcom Axiata Berhad melancarkan peranti infrastruktur rangkaian teknologi telekomunikasi terkini yang dinamakan sebagai Huawei RuralStar Pro.

Celcom telah dipilih sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi pertama untuk kolaborasi itu bagi menghubungkan penduduk yang berada di dalam kawasan terpencil di Bera, Pahang.

Huawei RuralStar Pro menjimatkan kos di mana ia hanya menggunakan 2 panel solar bagi mengoperasikannya.

Huawei RuralStar Pro memfokuskan untuk memberikan sambungan rangkaian 4G LTE ke dalam kawasan pedalaman sama sepertimana yang ditawarkan di dalam kawasan bandar.

Huawei memaklumkan, sejak RuralStar Pro dilancarkan ia sudah digunakan oleh 110 rangkaian telekomunikasi di seluruh dunia bagi menghubungkan kawasan pedalaman.

Malaysia kini dalam fasa pertama JENDELA yang dijadualkan akan berakhir pada akhir tahun ini.

Selepas itu, fasa ke-2 Pelan JENDELA pula akan bermula pada tahun 2023 dan akan berakhir pada 2025 nanti di mana di sasarkan liputan 4G di Malaysia mencapai tahap 100% dan kelajuan jalur lebar mudah alih mencapai kelajuan 100Mbps.

Sumber: Huawei Malaysia