Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix NOTE 40+ Series

Siri Infinix NOTE 40 Dilancar, Bawakan Pengecasan Pantas 100W

Diterbitkan Mac 18, 2024 · Dikemas kini Mac 18, 2024 oleh ariff bukhari

Infinix hari secara rasminya mengumumkan tambahan terbaru kepada barisan produknya dengan siri NOTE 40.

Siri telefon pintar terbaru ini terdiri daripada NOTE 40, NOTE 40 Pro, NOTE 40 Pro 5G, dan model  berkuasanya, NOTE 40 Pro+ 5G.

Menetapkan penanda aras baharu untuk pengecasan pantas, Infinix Siri NOTE 40 menyokong ciri pengecasan pantas FastCharge 2.0 dengan teknologi All-Round Infinix
yang memperkenalkan inovasi seperti 100W Multi-Speed FastCharge, 20W Wireless MagCharge, dan cip Cheetah X1 yang dibangunkan sendiri yang menyokong mod pengecasan berbilang fungsi.

Selain itu, menerusi siri ini, Infinix menampilkan paparan AMOLED 120Hz melengkung 3D serta sistem kamera zum super 108MP dengan sokongan OIS (model Pro) dan juga 32MP kamera swafoto.

Infinix juga telah menggabungkan peningkatan AI seperti pencahayaan Active Halo AI dan bekerjasama dengan JBL untuk sistem pembesar suaranya.

Peranti Note 40 Pro dan Note 40 Pro+ hadir dengan cip Dimensity 7020, memori sehingga 24GB RAM (model Pro+ sahaja) dan 256GB storan.

Sementara model standard dilengkapi Helio G99 Ultimate dan memori 16GB RAM.

Bateri berkapasiti 4600mAh untuk model paling berkuasa dan 5000mAh untuk model lain.

Infinix NOTE 40+ Series
Infinix Siri NOTE 40 dikuasakan Dimensity 7020 dan Helio G99 serta sokongan RAM sehingga 24GB.

Belum diumumkan lagi bila akan tersedia di pasaran dan harga jualannya di Malaysia, siri NOTE 40 ditawar dalam pilihan warna Vintage Green, Obsidian Black, dan Titan Gold.

Namun, harga buat pasaran global adalah $199 (~RM938) model standard, $259 (~RM1,222) model pro, $289 (~RM1363) model pro 5G dan $309 (~RM1458) untuk model paling berkuasa pro+ 5G.

Infinix Siri NOTE 40 juga akan hadir dalam tema Edisi Perlumbaan, hasil kerjasama Infinix dan DesignWorks, sebuah syarikat kumpulan BMW.

Edisi khas ini akan  tersedia menjelang pertengahan tahun ini.

Sumber: Siaran media Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY