Redmi Note 7 Bakal Membuat Kemunculan Rasmi 19 Mac Ini

Mi Malaysia hari ini telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi peranti dari sub-jenama baru mereka, Redmi Note 7.

Berdasarkan jemputan yang diterima, acara tersebut bakal dilangsungkan pada 19 Mac 2019 ini.



Dua pasaran terbesar, China dan India telah diperkenalkan dengan peranti ini terlebih dahulu. Di China, Redmi Note 7 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 660 dan kamera 48MP Samsung GM1 dan 5MP. Versi Pro untuk pasaran China dikhabarkan akan dilancarkan pada 18 Mac ini.

Bagi pasaran India pula, Redmi memperkenalkan dua model, Redmi Note 7 dengan Snapdragon 660 tetapi dwi kamera utama hanya 12MP dan 2MP, berbeza dengan edisi China. Versi Pro pula menampilkan Snapdragon 675 dan dwi kamera 48MP Sony IMX 586 dan 5MP.

Berkemungkinan versi yang akan dijual di Malaysia adalah sama seperti Redmi Note 7 yang dijual di China. Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan perasmiannya 19 Mac ini.