Redmi Note 6 Pro Akan Mula Dipasarkan Di Malaysia Pada 20 Oktober Ini

Xiaomi Malaysia telah pun mengesahkan bahawa peranti Redmi Note 6 Pro bakal mula dijual di pasaran Malaysia pada 20 Oktober ini, semalam. Sehubungan dengan itu, mereka telah pun mengeluarkan harga rasmi bagi model tersebut melalui kiriman terbaru di akaun Facebook mereka.

Menurut kiriman di atas, mereka yang berminat boleh mula mendapatkan peranti tersebut pada harga RM 849(3GB+32GB) dan RM 999(4GB+64GB).

Malah, mereka yang mendapatkannya semasa majlis pelancaran di Mi Store 1Utama, Mi Store Queensbay Mall dan Mi Store KSL City JB berpeluang untuk memenangi hadiah percuma menarik. Namun, stok hadiah tersebut adalah terhad.



Redmi Note 6 Pro hadir dengan paparan skrin 6.26-inci, MIUI 10, kamera berteknologi AI 12MP+5MP di bahagian belakang dan 20MP+2MP bagi kamera swafoto. Ia juga dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 636 serta bateri berkapasiti 4,000mAh.

Akan tetapi, setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai kemasukan variasi 6GB RAM untuk pasaran tempatan. Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya di pengedar-pengedar sah serta kedai atas talian, Shopee dan Lazada.

 

Sumber : Xiaomi Malaysia