Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada ‘NFS Most Wanted’ 2005

BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada ‘NFS Most Wanted’ 2005

Diterbitkan November 27, 2024 · Dikemas kini November 28, 2024 oleh ariff bukhari

BMW meraikan pencapaian penting legasi permainan popular Need For Speed (NFS) dengan menghidupkan semula kereta ikonik, M3 GTR dari Most Wanted (2005) ke versi nyata.

Kereta ini menampilkan balutan nostalgia yang mengingatkan kepada kereta hero dari Most Wanted.

M3 GTR ini adalah asas untuk karya seni permainan itu hampir 20 tahun lalu di mana M3 GTR ini juga telah muncul dalam tajuk NFS lain termasuk Carbon (2006), Heat (2019), dan Unbound (2022).

BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada ‘NFS Most Wanted’ 2005
BMW M3 GTR cARBON
BMW M3 GTR HEAT
BMW M3 GTR UNBOUND

Dalam Most Wanted, M3 GTR adalah kereta protagonis yang diperkenalkan dalam urutan pembukaan sebagai mesin perlumbaan yang dominan.

Namun, sabotaj semasa perlumbaan kritikal menyebabkan kehilangannya kepada antagonis, Razor, yang menetapkan latar belakang perjalanan pemain untuk senarai hitam bagi mendapatkan semula kereta itu.

Setelah diambil kembali selepas mengalahkan Razor, M3 GTR menepati reputasinya sebagai kenderaan yang hampir sempurna dalam permainan.

Anda kini boleh menikmati M3 GTR istimewa dalam Need for Speed Unbound Vol. 9: Prepare for Lockdown yang dilancarkan hari ini.

Pelepasan baharu ini juga memperkenalkan motosikal pertama dalam tajuk NFS, 2019 S 1000 RR.

Permainan mudah alih No Limits juga menerima balutan khas E46 GTR.  Ia juga akan datang ke tajuk Need for Speed: Mobile di China.

BMW M3 GTR, yang diperkenalkan kepada pemain dalam Need for Speed: Most Wanted (2005), telah menjadi salah satu kenderaan paling ikonik dalam sejarah permainan.

Reka bentuk unik, prestasi dalam permainan yang tiada tandingan, dan kaitannya dengan warisan motorsport BMW menjadikannya kegemaran peminat.

need-for-speed-bmw-m3-gte-e46-13 (1)
BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada ‘NFS Most Wanted’ 2005
BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada ‘NFS Most Wanted’ 2005
BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada ‘NFS Most Wanted’ 2005

BMW hanya membina 10 contoh model M3 GTR dengan enjin V8 sah untuk jalan raya yang dikenali sebagai Strassenversion yang dikeluarkan bermula Januari 2002 dahulu.

Model jalanan ini adalah satu-satunya model eksklusif BMW yang pernah mendapat unit enjin V8 P60B40 4.0 liter.

V8 unik ini, ditala dengan diturunkan sedikit prestasinya berbanding versi perlumbaan untuk kegunaan jalan raya tetapi masih memberikan 346 kuasa kuda (258 kW) dan 365 Nm (269 lb-ft) tork.

BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada ‘NFS Most Wanted’ 2005
BMW MT3 GTR Strassenversion ditawar dalam dalam warna Titan Silver Metallic,
BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada ‘NFS Most Wanted’ 2005
3 GTR Strassenversion dilengkapi dengan roda 19 inci yang dibalut dengan tayar 225/40 depan dan 255/35 belakang.
BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada ‘NFS Most Wanted’ 2005

Dari aspek transmisi, ia tidak seperti transmisi sequential kereta perlumbaan.

Sebaliknya Strassenversion dilengkapi dengan transmisi manual enam kelajuan, dipasangkan dengan variable limited-slip differential untuk memberikan kuasa ke roda belakang.

Susunan ini membolehkan GTR yang sah di jalan raya ini mencapai kelajuan tertinggi 183 mph (295 km/j), mengatasi M3 standard pada eranya dengan 10 mph (15 km/j).

M3 GTR Strassenversion dijual dengan tanda harga kira-kira €250,000 (~RM1,167,500.00), menjadikannya sebagai M3 paling mahal yang pernah dijual BMW.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Audi Lancarkan Jenama AUDI Di China, Perkenal EV Yang Boleh Dicas 10 Minit Beri Julat 370 Km
  • Jaguar Tukar Logo Ikonik, Bakal Tampilkan Barisan EV Baharu

Sumber: BMW blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY