Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Shoe 1’, Emoji Kasut Lari Apple Jadi Produk Sebenar

‘Shoe 1’, Emoji Kasut Lari Apple Jadi Produk Sebenar

Diterbitkan November 28, 2024 oleh Rushsyafizal

Seorang artis dan pereka, Jose Wong, telah membawa kreativiti ke tahap baharu dengan menghasilkan kasut lari yang diilhamkan daripada emoji kasut lari Apple. Kasut ini, yang dinamakan Shoe 1, kini boleh dimiliki oleh peminat dengan harga $219.90 (~RM1,020).

Emoji kasut lari Apple terkenal dalam kalangan pengguna iPhone, iPad, dan Mac. Menariknya, rekaan emoji ini sebenarnya berasaskan kasut klasik New Balance 574, kasut kegemaran Steve Jobs, pengasas Apple.

Namun, simbol New Balance pada emoji telah digantikan dengan dua garis selari, menyerlahkan identiti Apple.

‘Shoe 1’, Emoji Kasut Lari Apple Jadi Produk Sebenar
‘Shoe 1’, Emoji Kasut Lari Apple Jadi Produk Sebenar

Wong menggabungkan elemen kasut New Balance 574 dan produk Apple dalam rekaan kasut ini. Kotaknya direka minimalis dengan tulisan Designed by Jose Wong in China, manakala tapak dalamnya pula memaparkan cetakan komponen dalaman iPhone.

Kasut ini menggunakan kulit nubuck premium dengan jejaring untuk pengudaraan. Bahagian midsole dan tumit diperbuat daripada busa EVA ringan bersama rim poliuretana, memberikan keselesaan dan sokongan sepanjang hari.

Shoe 1 boleh ditempah sekarang, dengan penghantaran bermula minggu depan. Namun, pembeli perlu maklum bahawa semua jualan adalah muktamad tanpa sebarang pemulangan. Unit pula dijangka terhad.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Instagram Kini Tambah Ciri 'Live Location' Di DM
  • MITI Pastikan Setiap Daerah Di Selangor, Johor Miliki Pengecas Pantas DC Untuk EV
  • Sony Kini Sahkan Jualan PS2 Melebihi 160 Juta, Paling Tinggi Dalam Sejarah
  • BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada 'NFS Most Wanted' 2005

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY