Redmi 9A Dan Redmi 9C Akan Diperkenal Pada 30 Jun 2020

Xiaomi hari ini mengumumkan peranti permulaan Redmi 9A dan Redmi 9C akan diperkenal pada esok, 30 Jun 2020. Perkara tersebut diumumkan melalui akaun rasmi Xiaomi Malaysia di Facebook.



Spesifikasi kedua-dua peranti ini hanya akan diketahui pada esok hari. Namun, melalui katalog produk yang dikesan pada laman Xiaomi Filipina beberapa hari lalu, ia telah mendedahkan beberapa perkara mengenai Redmi 9A.



Menerusi imej tersebut, ia menunjukkan Redmi 9A dilengkapi paparan skrin yang lebih besar bersaiz 6.53 inci. Redmi 9A dijangka hadir dengan cip MediaTek G25 serta kapasiti bateri 5000mAh.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini, nantikan pengumuman Xiaomi Malaysia pada esok, 30 Jun 2020.

Beli produk Redmi di:
Lazada (https://invol.co/clpqg2)